Sunday, February 28, 2010

Islam Sekarang......

ISLAM adalah agama yg syumul dan universal,tetapi menjadi tersembunyi dan sempit kerana penganutnya sendiri yang bisu dan jumud.
ISLAM adalah agama yang indah dan sempurna tapi kelihatan menakutkan dan penuh kecelaruan kerana silap faham masyarakat umum.
Benarkah kata-kata itu?








ISLAM yang seharusnya memerintah dan menguasai manusia itu akhirnya menjadi satu fesyen yang diguna pakai bila sesuai dan dibuang bila tak kena tempat.

ISLAM yang sepatutnya jadi KETUA akhirnya jadi anak kuli yang disuruh sesedap rasa.

ISLAM yang sepatutnya menjadi cara hidup dan cara berfikir itu tidak lebih sekadar pencukup rasa.
Dan yang pasti majoriti umat islam sekarang sudah berkiblat barat...(tapi ade la lagi segelintir yang tidak)...Mereka memakai pemikiran dan gaya hidup NASRANI dan YAHUDI.

KENAPA JADI BEGINI? ISH3






Adakah ini semua disebabkan kejahilan yang kian gawat dan tidak ada agamawan yang cuba melawannya kembali?

Adakah kajahilan ini perlu dibanteras dengan dakwah dan suara-suara agamawan melalui media atau penulisan...(patut kene tulis blog)...Perlukah?

Ada yang beranggapan ini semua terjadi kerana kita kekurangan media atau suara menyebabkan dakwah ISLAM itu terbatas...(skit je nie ana rasa)...




Bagi ana lah kan, ana rasa orang ISLAM nie takut atau kecut semangat atau nak yang lebih lagi tiada keberanian.

Satu lagi ana rasa...(rasa je nie)...orang ISLAM sekarang masih MALAS dan TIDAK tahu menguatkan diri dengan kemahiran seorang pendakwah......ISH3

Kesimpulannya atau pun natijahnya,sebagai umat ISLAM,kita seharusnya sedar bahawa ISLAM sekarang berada dalam keadaan rumit dan berbahaya....MASYA-ALLAH.....
JAdi marilah sama2 kita berganding bahu tidak kira apa pun untuk menegakkan kembali islam...
Wassalam

Friday, February 26, 2010

jogathon !!!


assalamualaikum w.b.t

baru2 ini,pada 25 feb 2010.
telah diadakan lumba lari pusing2 kmp.

so...pepagi lagi,slps assembly,
kamis semua msk dlm rumah sukan memasing.
dan kami buat senaman ringan dan kemudian
bersorak!memacam lagu berjaye digubah
oleh komposer2 tanah al amin...

gmb dibwh adellah dr blog seorang akh di al-amin,
syukran jazillan.


banin start 5 minit lebeh awal dr banat,
mereka diberi mase 1 jam 20 minit,
utk menamatkan larian ...dan!
markah akan dipotong bg sesape yg
gagal mematuhi undang2 tersebot..



banat plak,diperuntukan mase selama
1 jam 40 minit...dan sama mcm banin,
bg sesape yg lambat akan dipotong markah...

kami sume berlari dari jam 9 smp 11 pagi...
di keliling kampong Fikri berdekatan al-amin...
dan kepuusannya adelah...

jeng jeng jeng

maaf,ana x tahu sape pemenangye dgn tepat dan sohih...
so,tunggu jek la hr sukan nnt...

kami sume akan bersukan pd hari rabu ini
iaitu pd 3 mac 2010..di stadium mak cili...
perbarisan dan acara balapan akan diadakan disana...

so...jom same2 kite jadikan hari sukan itu medan
indicator utk kite bandingkan kite sume ni dah setaraf
ke dgn pejuang2 di palestin..???

oklah..itu saje dr saya..
berita sukan al-amin 2 cube's
sekian

PERINGATAN `~ kerja kursus

buat semua budak form 3 a.k.a batch 8,
sila cari maklumat untuk kerja kursus
geo n sej
GEOGRAFI > amalan kitar semula
SEJARAH > perayaan di malaysia
start dari sekarang kena belajar untuk tidak menangguh-nangguh kerja,
kalau dah siap awal2 kan best....lega jer rasa,
jangan buat koje last minute,
~gambatte PMR 2010 bakal meletup !!! ~

Sunday, February 21, 2010

sedikit peringatan


Bismilahirrahmanirrahim,

sedikit peringatan utk warga batch 8,
sila kumpulkan dana Palestin,
dan ana harap,
sibok berkelas tambahan x dijadikan
alasan utk x kumpul dana,,,

moga kita semua mampu
berbakti buat saudara2 kita disana...
jadi,,,jalankan tugas anda!

Palestin Tanggungjawab Kita Bersama

Friday, February 19, 2010

Tanpa Sedar

Bismillahirrahmanirrahim..

“Orang yang pandai adalah yang sentiasa memperbaiki diri dan menyiapkan bekal kematian. Dan orang yang rendah adalah yang selalu menurutkan hawa nafsu dan berangan-angan kepada Allah.” (At-Tirmidzi)

Maha Besar Allah Yang menghidupkan bumi setelah matinya. Air tercurah dari langit membasahi tanah-tanah yang sebelumnya gersang. Aneka benih kehidupan pun tumbuh dan berkembang. Sayangnya, manusia pula mematikan sesuatu yang sebelumnya hidup.


Tanpa sedar, kita terlalu boros terhadap waktu

Trend hidup saat ini memaksa siapapun untuk memandang dunia seakan sesuatu yang mengasyikkan. Serba mudah dan mewah. Sebuah keadaan dimana nilai keringat diganti dengan sesuatu yg segalanya dihujung jari. Dalam kata lain, dunia menjadi begitu melenakan.

Tidak hairan jika gaya hidup kota menggalakkan seseorang menjadi manja. Senang bersantai dan malas bekerja keras. Di suasana serba mudah itulah, waktu menjadi begitu murah. Detik, minit, jam, hingga hari, telah berlalu begitu saja dalam cara hidup santai.

Diumpamakan seperti, jika seseorang memberikan kita wang sebesar RM86,400 setiap hari. Dan jika wang tersebut tidak habis digunakan, ia perlu dikembalikan. Pastinya kita akan memanfaatkan wang tersebut utk sesuatu yang pelaburan yg menguntungkan. Kerana boleh jadi kita tak punya apa-apa ketika tawaran itu terhenti. Dan sangat rugi jika dibiarkan tanpa memenuhi kehendak yang bermanfaat.

Begitulah waktu. Setiap hari Allah sediakan kita tidak kurang dari 86.400 detik. Jika hari berganti, maka berlalulah waktu semalam tanpa berbaki sedikitpun. Dan di hari yang baru, sekali lagi Allah sediakan jumlah waktu yang sama. Begitulah seterusnya. Sehingga tak ada lagi waktu yang diberikan.

Sayangnya, ramai yang gemar membelanjakan waktu itu untuk hal yang remeh-temeh. Dan penyesalan pun muncul ketika "tawaran" waktu ditarik semula. Tanpa pemberitahuan, tanpa teguran dan tanpa peringatan.

Allah swt. berfirman,

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (dari Allah swt.).

(Al-Anbiya’: 1)


Tanpa sedar, kita makin jauh dari keteladanan Rasul dan para sahabat

Pergaulan hidup antara manusia akan mewujudkan pengaruh. Saat itulah, tanpa sedar terjadinya pertukaran selera, gaya, kebiasaan, dan perilaku. Semakin luas ruang lingkup pergaulan itu, semakin besarlah pula risiko keterikutan dan pengaruh yang terjadi.

Stamina seseorang tidak selamanya berada pada posisi paling atas. Adakalanya ia bisa surut. Ketika itu, ia lebih cenderung utk ditarik daripada menarik. Tanpa sedar, terjadinya penyebaran pengaruh luar pada diri seseorang. Perlahan tapi pasti.

Suatu saat nanti, semua orang tidak lagi merasa berat hati melakukan perbuatan yang dulunya pernah dibenci. Dan itu bukan lantaran keterpaksaan. Tapi, kerana adanya percampuran dalam diri terhadap nilai-nilai yang bukan sekadar tidak pernah dicontohkan Rasul, bahkan dilarang. Sekali lagi, perlahan tapi pasti.

Anas bin Malik pernah menyampaikan sebuah ungkapan yang begitu dahsyat di hadapan generasi setelah para sahabat Rasul. Beliau mengatakan, “Sesungguhnya kamu kini telah melakukan beberapa amal perbuatan yang dalam pandanganmu remeh, senipis rambut, padahal perbuatan itu dahulu di zaman Nabi saw kami anggap termasuk perbuatan yang merosak agama.” (Bukhari)


Tanpa sedar, kita jadi begitu asing dengan Islam

Pelunturan terhadap nilai yang dipegang seseorang berlaku tidak secara serentak. Tapi begitu halus, sedikit demi sedikit. Hingga pada saatnya, hamba Allah ini merasa asing dengan nilai Islam itu sendiri.

Ajaran Islam tentang ukhuwah misalnya. Kebanyakan muslim faham bahawa orang yang beriman itu bersaudara. Saling tolong-menolong, saling mencintai, dan saling memberikan pembelaan. Tapi anehnya, nilai-nilai tersebut sudah menjadi tidak lumrah.

Semua pertolongan, perlindungan, pengorbanan kerap dinilai dengan pampasan. Ada hak, ada kewajipan. Ada wang, ada pelayanan. Tiba-tiba seorang muslim merasa wajar hidup dalam karakter individualistik. Bahkan, tidak mustahil jika seorang daie merasa enggan berceramah di suatu tempat kerana nilai bayarannya kecil. Sekali lagi, tak ada wang, tak ada pelayanan.

Firman Allah swt..

Dan sesungguhnya jika Kami menghendaki, niscaya Kami lenyapkan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, dan dengan pelenyapan itu, kamu tidak akan mendapatkan seorang pembela pun terhadap Kami, kecuali kerana rahmat dari Tuhanmu….”

(Al-Isra’: 86-87)


Tanpa terasa, kita tak lagi dekat dengan Allah swt.

Inilah sumber dari pelunturan nilai keimanan seorang hamba. Kalau seorang pekerja tidak lagi dekat dengan majikannya, sukar untuk diharapkan kebagusan dalam kerjanya. Kesungguhan kerjanya akan berkurangan. Bahkan semakin tak punya nilai. Sekadarnya sahaja. (Tapi ini tidak terjadi pada orang yang ihsannya tinggi).

Jika ini yang terus terjadi, tidak tertutup kemungkinan, ia lupa dengan sang majikan. Ketika seorang hamba melupakan Tuhannya, Allah akan membuat orang itu lupa terhadap dirinya sendiri. Ada krisis identiti. Tidak memahami kenapa ia hidup dan ke mana langkahnya berakhir.

Maha Benar Allah dalam firman-Nya,

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.

(Al-Hasyr: 19)

Allahu a'lam..

Thursday, February 11, 2010

Yuk Rehlah Yuk!!

Sedikit coretan mengenai program rehlah SMIAAK...

Tempat: Pantai Chendor
Waktu: pagi sampai petang
aktiviti: permainan rugbi air, galah panjang special, sediakan makanan tgh hari dll


oi..tepi sikit nak tangkap gambar ayam ni...

hensem x ayam kitorang..tgk la sape yg siang

rilek la..jgn rebut2..ayam banyak lagi la..
ape tengok2..nk siang ayam pon nk kene tangkap gamba ke?

hai... nak join kitorang ke?meh la sini




sedapnya muallimah2 makan, x nk kongsi ke?


pegang elok2, kita kna baik ngan ayam tu.., hidup dia tak lama dah..


sama x muka dia ngan ana?


pemandangan ketika pembersihan ayam beramai2 berlangsung


semua membanting tulang untuk membersihkan ayam...






roti, biskut, garam, gula, sos cili, mentega...., itu je ye bahan2 untuk makanan tgh hari kita pada hari ini...


x sabarnya nak makan!









tourist mana sesat ni?


Muka2 kepuasan....




langit dan tanah saksi kami bersujud...


Saturday, February 6, 2010

JOM MUHASABAH!!

Lepas motivasi untuk pelajar form 3 n form 5,
Banat batch 8 ada buat perjumpaan..

Rindu ....
kumpul ramai2 dalam kelas,
bercerita pengalaman,
berkongsi pendapat...

Rindu sangat...
Kongsi tazkirah sama-sama,
saling nasihat menasihati..
tegur menegur,
bergurau senda,

Lama dah ....
tak ketawa sama2,
nangis sama2,
serius sama2..,
semua benda sama2..

Yang paling best,
Hias kelas sama2...,
Buat program untuk kita aja!
Program Srikandi 1995 yang eratkan kita..

Tu semua kami buat tahun lepas,
Masih ingat temanya,
'SAY NO TO ASOBIYYAH, SAY YES TO UKHUWWAH FILLAH'
dengan moto
'QUEST FOR EXCELLENT',
kita mara sama-sama...

Tapi, bila asing kelas,
kita macam terpisah..
Ada yang jauh hati la..
Macam-macam.

So....
Wakil tingkatan pon buat perjumpaan,
Cerita memori tahun lepas,
malu, marah, ketawa, senyum,
semuanya dah jadi nostalgia..

Selepas cerita punya cerita,
Wakil tingkatan banat pon bagi sedikit peringatan..
Seperti biasa,
Ada antara kami yang masih belum bersedia..
Menganggap teguran itu perkara biasa..

Fikir punya fikir,
Kita pon buat la halaqah..
Muhasabah diri..
Genggam erat tangan,
Mata terpejam,
Air mata bercucuran...

Lepas dah puas hati,
Semua teguran diterima dengan lapang dada..

Tapi tak berhenti di situ je..
Semua kena bagi kesimpulan ke, luahan perasaan ke, nasihat ke, bercerita kelemahan diri...
Semua bersuara..
Satu demi satu jujur bercerita masalah,
Mengutarakan harapan,
Memohon doa buat semuanya...

Waktu tu, emosi tak tetap.
Sambil menangis, ada yang ketawa...,
Ada yang ketawa sampai menangis..
Indahnya saat itu.

Tapi, masa mencemburui..
Halaqah hanya sampai di situ..
lepas Solat, kita sambung makan.

Menu banat gen 8 tahun lepas,
Tak sah kalau tak ada rojak atau kek batik..
Tahun ni sempat buat kek batik je..,
Makanlah kami beramai2,
Best sangat

Sambil tu bincangkan mengenai Buddy masing2,
Adik2 Form 1 yang buntu bimbingan..

Sempat lagi wakil tingkatan bagi homework!
Tapi x pe,
tarikh akhir dia lambat lagi...

Balik ke asrama dengan gembira,
Bebas segala beban dalam fikiran,
Gembira sangat.

Perkataan yang sentiasa ada dalam ingatan ana,
'Ana sayang antunna'

Semoga muhasabah beberapa jam,
kembalikan semangat kita untuk
berjuang..
berukhuwwah..
dan segala 'ber' yang positif..

Ingat!
Walaupun jasad terpisah,
hati kita tetap bersatu..

kita satu jasad,
andai kaki terluka,
mata akan mengeluarkan air mata,
dan tangan akan menyapu air mata tersebut..

~ muhasabah dengan sahabat2 ada kesan yang mendalam~


.: tak sabar nak tunggu program srikandi 1995 yang akan datang. Mesti lagi best!! :.

banat kami n_n

selepas motivasi ...
banat gen 8 x berhenti di c2 sajer...
kami sambong lagi program,
speacial just 4 us...

mamandangkan kami banat sudah terpisah kelas,
timbul la sikit masalah antare kami...
masalah ape???? that was history...hihi
fitrah la mslh tuh...tapi care kiter hadapi
dan rintangi mslh tuh yg penting...
nak cegah biarlah dr awal kan?

so kami adekan halaqah yg besar...
bessssar punyer,,,



pd mulenye, syifa' akan ckp muqaddimah dulu,
pas2...baru la ahli peng'event' program nie tegor mslh
yg mule muncul dlm jiwa2 kami..

mmg kami sume berckp la dr hati ke hati ,
inti sari die...rahsia..hahaha
dan kami akan sentiase tegur menegur sesame kami..
ukhuwwah 4 eva... peace :D



lps itu kami solat jemaah....
sesungguhnya solat itu mencegah
drpd perkara mungkar dan keji...

ukhti nurul jd imamah...lihatlah saf
kami yg lurus...Insya Allah beginilah benteng kami
dari gejale2 luar...seperti ikan di lautan..
x lut dek kemasinan air laut...slps itu....


jom makan!
ade mcm2 kuih...tuh gmb kat ats tue..gmb
kek batik coklat buatan budak asrama,,,haha
kurang nampak dek terlindung tgn kami yg lapar..huhu
ade jgk kuih lain..kek lapis,biskot leikha,
kek sponge pandan ,kerepek, nasi grg dan
sambil mkn kami bincang psal buddies..
dan dakwah fardhiyyah...

so...
inilah diri kami...
cara kami,
style kami,
dlm mengembalikan ukhuwwah,
dlm mengikat kembali tali persaudaraan...

dan,,,kami amat berharap,
banin juge mampu fikirkan satu care
yg sesuai dgn fitrah antum,
dlm memikirkan satu program...
untuk menjadi satu batolian yg
bekerjasame...dan x berpuak puak..

banat sentiase menyokong
dlm pengislahan antum..

WE CAN CHANGE,REMEBER THAT's

okies dokies...tu jek..laporan kami,
salam ukhuwwah fillah abadan abada


motivasi kami...


MENJANA KECEMERLANGAN PELAJAR

tempat: library sekolah nan sejuk tarikh :6 fer 2010 penceramah: Haji Mahmud Bin Haji Mat peserta: calon PMR dan SPM
ana x nak tulis byk sgt camne motivasi ini
berlangsong....mcm biaselah motivasi...
ade slide,video sikit, lagu dan siap bg fail lagi..
lengkap plak dgn isi....meh ana kabo kate2
yg menarik utk jd renungan bersama...

kadangkala sikap ATAU tabiat
dianggap sebagai perkara kecil,

tetapi sebenarnya ia boleh menghasilkan natijah yang besar,
dalam hidup seseorang pelajar.

hadis Rasulullah:
"dunia ini dijadikan untuk kamu, dan kamu dijadikan untuk akhirat."

"ramai manusia hanya sekadar berlegar-legar di pinggir kecemerlangan,
dan gagal untuk mencapai
kecemerlangan yang sebenar"

'hasibu anfusakum qabla an tuhasibu'
muhasabahla diri kamu sebelu kamu memuhasabah org lain

imam ghazali:
"sesungguhnya seseorang itu tidak dapat melihat matanya sendiri"

'watanzir nafsu ma tudimmatun lighadin'
rancang utk diri kamu apa yang akan berlaku pada diri kamu esok.

'wala tayisu min ruhillah'
dan jangan kamu berputus asa drpd rahmat Allah

"andainya umur seseorang telah berlalu di luar
matlamat hidupnya tentulah keluhannya akan berpanjangan"

hadiahkanlah kejayaan anda kpd org yg anda sayang,
biarlah sisa usianya penuh dengan kegembiraan n_n


mmg kami tabik laPak Cik/Tokki Mahmud nie..
sbb beliau sll selitkan ayat Al-Quran dan hadis...
power kan???beliau dullu pon sll ponteng sklh ...
tp berkat dia x pernah lwn kate ibubapa die..
Allah kurniakan beliau otak yg hebat...

so,,nak berjaya...x semestinye kene bljr jek.
smp hub dgn Allah dan ibu bapa pon terjejas..
ingat tu...hormat la our parents...

salam gambate dr kami batch 8...



Jgn masuk telinga kanan keluar telinga kiri...

'MENJANA KECEMERLANGAN PELAJAR..'

Banyak yang kita dapat masa motivasi dijalankan,
Bagaimana nak cemerlang,
Apa yang perlu diubah,
indikator orang yang cemerlang,
Kena lakukan muhasabah diri la..
Disiplinkan diri sendiri,
Bina impian masa depan ,
merancang dengan strategik,
bina ketabahan dalam diri,
Cara uruskan sikap dan lain-lain lagi..

Setelah dicurahkan ilmu ,
Ketawa tak kering gusi,
Muhasabah diri,
Lebih dari tiga jam..

Adakah kita masih insan yang seperti sebelum ini?
Adakah kita merancang untuk berubah?
Adakah kita mengambil pengajaran dari segala kisah yang diceritakan..?

Atau motivasi itu hanya hiburan?
Atau satu kewajipan?
Atau mungkin untuk mengisi masa lapang...

Fikirkan,
banyak pengajaran yang kita dapat,
Tapi apa yang kita lakukan?
Jangan sia-siakan apa yang kita dapat,
kerna itu petanda orang yang kufur nikmat.

Jom rehatkan minda

Attentionx!!
Please dont try this at HOME!!
hahaha.


*Yg ni hanyalah hiburan...tiada kene yg hdp atau yg telah meninggal

Friday, February 5, 2010

rugi x pergi...


harap istiqamah membace...
*_*

RUGI X PERGI,,,,

itulah patah yg ana bley ckp pd sesape yg x gi
ceramah ptg tuh...
x pe2...meh ana kongsi pacai...hihi

penceramah: ustaz abdullah din
venue: musolla al-amin nan indah
tarikh: 5 feb 2010
tajuk ceramah:program pemantapan aqidah...

"dari Kedah Darul Aman
ke Terengganu Darul Iman"

skrg kes murtad makin menjadi2...
kate mufti perak,Datuk Harussani Zakaria
sudah seramai 250 ribu insan murtad...

MEMBIMBANGKAN BKN???

tahun 1999-190 org nak tukar name[54 berjaye tukar]
tahun 2000-168 nak tukar name[11 berjaye tukar]
tahun 2001-213 nak tukar name[82 berjaye tukar]
tahun 2002-98 nak tukar name[41 berjaye tukar]
tahun 2003(julai)-81 nak tukar name[x sempat tulis]

jumlah yg nak tukar adelllah-570 olang...
itu org yg berani mintak tukar...yg x berani???brp agaknye?

kate ustaz abdullah din,sms die tinggal di Sabah,
byk kes murtad yg dihadapi...antare nye adellah 2 org perempuan,
seorang guru di SMK Binakungan Kota Marudu,
sorang lagi pljr UMS.

kedua2 nye msk kristian krn jatuh CINTA dgn llk kristian,
tambahan pula,llk kristian itu punye budi yg mulia.

last2,...kes2 itu dpt diselesaikan...nak tau lebeh lanjut?
tanyelah budak asrama,,,^-^

ustaz juge memberi pinjam Al kitab...iaitu Bible...
ade byk Bible,,dan kami sume diberi peluang membelek
sgl khazanah pembohongan manusia bergelar kafir itu...

ape itu bible???

BIBLE=BIBLOS=KUMP BUKU2=AL-KITAB
bahasa ing= bhs greek=bahasa melayu=bahasa melayu

terdiri

perjanjian lama perjanjian baru
ada 39 buah buku ada 27 buah buku

bible prostestan
ada 66 buah buku


untuk pengetahuan pembace sume,
penjanjian lame telah ditulis oleh nabi Musa,
tapi mengikut kepercayaan diorang lah.
manekale penjanjian baru tidak diketahui penulisnye..
caye x,org kristian sendiri x tau sape penulisye...
jadi...x ke ***** org yg nak msk kristian tuh?
ce bygkan,,,korang nak ke percaye dgn buku yg
x diketahui sape penulisnya,<<<

bg sesiape yg ade bible di rumah...
bleyla belek perjanjian baru...

FASAL:BAB:AYAT vs FASAL:BAB:AYAT
matius : 27 : 1-5 ksh pr rasul : 1 : 18

yg wane hijau tuh kate...
yudas iaitu pengkhianat nabi isa...
mati krn menggantung diri sendiri,
akibat menyesal bersuhabat dlm p'bunuhan nabi isa.

yg wane ungu plaks..kate...
yudas itu mati kerana terlanggar akar kayu
di kebunnya,yg dibeli menggunakan upah
bersuhabat bunuh nabi isa.

so,mane stu yg betol???

baiklah..itu sj yg mampu ana kongsi...
klu nak bc lagi,,,pergi dkt,

http://belimbingislam.wordpress.com

atau carilah buku tulisan ustas abdullah din
sendiri bersama dgn tn hj nicholas sylvester
bertajok

ASAS AJARAN KRISTIAN
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

menarikk..dan kite org islam..
adelah daie...dan daie patot tau
tentang kitab2 nie sume...

so...sampai di sini shj...assalamualaikum
n_n


Kritik yg x adil

Dalam satu majlis jamuan meraikan kejayaanya belayar mengelilingi dunia,
Ferdinand Magellan telah disindir


oleh sekumpulan pengkritik yg duduk semeja dengannya.
"Ah,belayar mengelilingi dunia bukanlah sepayah mn..."kata seorang penulis ngan kuat.
"Hanya perlukan kapal yg teguh dan peta yg tepat jer...,"smbg rakannya iaitu ahli perniagaan.
"Dan kelasi(anak kapal) yg setia,"ujar seorang jeneral.
Mendengar kritikan itu
dia terus mengambil sebiji telur rebus ke tangannya.
"Tuan-tuan,skang ni ad sebiji telur kat tgn sy.Cuba korang sumer
dirikan telur ni dalam keadaan
berdiri menegak,"
kata Ferdinand mencabar pengkritiknya.
"Mn boleh nak dirikan telur 2...ko ni ade otak ke x?
Hish,ingatkan lepas berlayar jd bijak...
rupanya makin "bo**h!!"
kata salah seorang pengkritik tersebut diiringi ketawa yg besar oleh rakannya.
Ferdinand memecahkan sebahagian kecil
bucu telur itu dan
menggunakannya sebagai tapak utk telur itu
dalam keadaan menegak.
"Ah,klo gitu sesaper pon leh buat,"kata pengkritik 2.
"YA,SETELAH AKU YG BUAT!"

So,pengajaran nye ialah
kritik yg x adil merupakan pujian yg x rasmi.
Ungkapan ada mengata,
Tidak sesiapa pon yg akan menendang anjing yg telah mati.
Mksd nyer,
selagi ade yg sudi mencemuh,itulah petanda kita
masih mempunyai kelebihan
dan harga diri.

Wednesday, February 3, 2010

Cerita Panjang

"Doa pe yg ko bace td,pnjg sgt?"
Tnye seorang lelaki kpd sahabatnya.
Sahabatnye itu br pulang dr Arab Saudi dan br selesai
berdoa dlm satu majlis di apatmen mewah mereka.
"Adalah...."jwb sahabatnye itu dengan pendek.
"X sangka kau jd alim skang."
"Asl lak?"
"Yelah,saperla yg sangke kau sempat dalami ilmu agama an.
bkn ke kau g saner nk 
bljr perubatan ke?"
"Hish,ckp a perlahan skit...nnti pecah rahsia,"Kata sahabat itu separuh berbisik.
Lelaki itu hairan.Mnde lak a rahsia dye ni?
"Kat sane aq mendalami pon pengajian agama.Aku fokus study jer,"
katanya.
"Hbis 2,doa ko yg pnjg sgt 2 camne lak?letih tgn aq menadah.
mujo a aq ni x tue ag...klo x da terjabut tgn aq.
Tp hebat a ko ni...macam ULAMA."
"2 sebenanye bkn doa.."
"Habis pe?"
"Cerita Arnab ngan Kure2 dlm bahase arab!"
Hah???!!!

pengumuman n_n


MAKLUMAN CERAMAH MOTIVASI HADAPI PERIKSA 2010


adalah dimaklumkan bahawa bahawa motivasi utk pljr
tingkatan 3 dan 5 akan diadakan pada:

tarikh: 6 februari 2010
hari: sabtu
jam: 9 pagi-12.30 tghr
pakaian: banin-bj kemeja,seluar slack,dan berkasut.
banat-baju kurung,tudung sklh,berkasut.

hukum utk hadir wajib bagi sume calon PMR dan SPM.

HADIR YUK !

Tambahan!!!

Hari Jummat disekolah ade buat kem ceramah...
saper nk hadir 2 bwk dlm 30 inggit kot..k
Lepas kol 2 ptg