Friday, April 23, 2010

Keajaiban Allah









GAMBAR-GAMBAR MENARIK SUNGAI DALAM AIR

ATT00001.jpgATT00001.jpg
25K
View Download
ATT00002.jpgATT00002.jpg
28K
View Download
ATT00003.jpgATT00003.jpg
25K
View Download
ATT00004.jpgATT00004.jpg
52K
View Download
ATT00005.jpgATT00005.jpg
33K
View Download
ATT00006.jpgATT00006.jpg
10K
View Downloand



Saturday, April 17, 2010

coretan insan

Sudah 4 bulan tahun 2010 bermula,
masa berlalu begitu pantas,
meninggalkan memori suka duka ,
Mengapa terasa bagai tak percaya?

Kita kembali lagi,
Meneruskan perjuangan yang masih berbaki,
Menggalas harapan warga Smi,
Persoalannya,
adakah kita bersedia?
adakah kita mampu?
Walau berapa kali ia diulang, jawapannya hanya ada pada kita..
tidak kira sedia atau tidak,
kita perlu melaksanakannya.

FORM 3, FORM 3,
Itukah kami?
kami yang..... begini?

Cubalah!
mendewasakan dirimu,
bangkit dari angan-angan ,
tiada lagi halangan ,
untuk kita gapai kecemerlangan..

9A PMR ingin dicapai,
Tapi diri masih terkapai-kapai,
Terasa matlamat terlalu jauh untuk digapai...
Namun,
Semangat cinta ilmu dalam diri terus dituai,
dari hari ke hari,
masa ke masa,
Janji bersatu telah dimeterai,
Budaya Al-Amin terus dituai..

Bangkit berdiri,
tewas lagi.., mazmumah di hati beraja lagi..
Kenapa masalah sama berulang lagi?
Ku menggeleng kepala tak mengerti..

Jangan risau, teman..
Kita satu pasukan,
satu perjuangan ,
satu harapan,
satu impian..

Bangkitlah! jgn jemu untuk bangkit lagi,
Kerna kalian Mujahid SEJATI,
harapan kami...

Saturday, April 3, 2010

Are we??

Adakah kita,

Memahami?
Menghormati?
Berkompromi?
Tidak menyakitkan hati??

Jika ya, teruskan.
Jgn rasa ianya sia2...,
Tapi, jgn riya' bila kita dihormati..

Jika tidak, kita tidak pantas untuk dihormati dan sebagainya..
KENAPA?
kerana, jika kita inginkan sesuatu, kita perlu memberikan sesuatu..
there's give n take..


SO LET'S CHANGE!

mulakan dari awl,
mulakan dengan perkara yang mudah,
mulakan dari sekarang!

pasti ada yang mendorong,
itu menolongmu meneruskan usaha,
jika ada yang mengejek,
pekakkan telingamu...

~all the best, being the best batch!!~

Thursday, April 1, 2010

Melihat tanpa bertemu

Seorang penggembala tua sedang mencari- cari kerbaunya yang hilang.Puas dicarinya dimerata-rata tempat,namun kerbaunya masih belum ditemui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.
           Penggembala itu pun bertanya:''Ada kau nampak kerbau pakcik yang hilang?''
           ''Oh,kerbau pakcik yang buta matanya di sebelah kiri itu ya?tanya budak itu.
           ''Ya,ya...''jawab pakcik itu dengan cepat.
            ''Rasanya kerbau pakcik itu dah tua...''tambah budak itu lagi.
           ''Betul,betul,kerbau pakcik memang sudah tua.Kau ada jumpa dia?''
           ''Kerbau pakcik itu tempang kaki kananya yang di sebalah hadapan bukan?''
           ''Betul,betul.Tunjukkan kerbau pakcik itu di mana?''
           ''Maaf pakcik ,saya tak jumpakerbau pakcik...?''kata budak itu.
           ''Kau jangan main-main.Memang itulah kerbau pakcik.Kerbau pakcik memang dah tua,tempang kakinya dan buta mata sebelah sebelah kanannya.Jangan bergurau,pakcik nak cepat ni..''
           ''Betul saya tak nampak,pakcik,''balas budak itu lagi.
          ''Kalau kau tak jumpa,bagaimana kau tahu sifat kerbau pakcik?''
           Budak itu tersenyum.
''Macam ni...'' kata budak itu lalu membawa penggembala itu ke tempat belukar.
           ''Tengok rumput-rumput ini.Ia telah diragut oleh kerbau pakcik.Ini kesan ragutannya...''Budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.
           ''Ya.Memang ini kesan ragutan kerbau.Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pakcik?Bukan kerbau lain?''
            ''Cuba pakcik lihat baik-baik.Semua rumput yang diragutnya adalah yang di sebelah kiri.Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya.Kesan ragutannya pula tidak sekata.Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah...ertinya kerbau ini telah tua.Dan tengok pula kesan tapak kakinya.Kesan tapak kaki hadapan adalah berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain.Ia kelihatan seperti diseret,ada ketikanya tidak ada langsung.Itu menunjukkan kerbau ini tempang...''

            Pengajaran:Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya.Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya.Begitulah  Allah,kita perlu melihat-Nya dengan mata untuk mengakui keagungan-Nya.Cukup  dengan melihat ciptaa-Nya!

tikus panik!!

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam
"hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar ?".

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik,
" Ada perangkap tikus di rumah....di rumah. Sekarang ada perangkap tikus...."



Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak,
" Ada perangkat tikus !"

Sang Ayam berkata,
" Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba,
"Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama.
" Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata
" Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...
Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

DOA KETIKA DITIMPA MUSIBAH



Maksudnya: "Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya."




SUATU HARI NANTI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN
MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...
PIKIRKANLAH SEKALI LAGI !