Friday, December 24, 2010

realiti tidak selalu indah..

Bismillah...

Anonymous said...

salam..mungkin yg 9a boleh tertawa gembira..tp buat yang lain..yg gagal? berikan kata2 semangat...bukan senang tp usaha itu menjadi kayu ukur..better dari langsung tak bersemangat..kan??

betul, ana setuju.. cuma ana x rasa ada yang gagal
semua berjaya dengan usaha masing2...

perkongsian ini merupakan kisah benar, cuma ingin berkongsi tentang apa yangmembuatkan ana mendapat ketabahan, 
 moga bermanfaat!!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada 23 Disember 2010..

seorang puteri abah dan ummi berada dalam bilik..

Kemudian datang abah tercinta, bersedia untuk mulakan perjalanan..,

abah: apa khabar anak abah sorang ni? 
ana : entah, emosi tak stabil
abah: abah tak kisah syifa' dapat berapa, yang penting syifa' dah berusaha..
ana : no comment
abah : kita tak leh anggap semua yang kita nak akan terjadi.. kadang-kadang manusia perlukan ujian, kegagalan untuk lebih maju. jadikan dia sebagai batu loncatan. 
ana: bukan senang nak terima yang kita gagal
abah: siapa kata syifa' dah gagal?
ana: tak la, risau je. science, sejarah dgn kh tak pasti la..
abah: dapat result apa-apa pon, kita tak leh putus asa. x dapat semua A pon tak pe.. 
ana : dapat apa-apa pon result, macam confirm je keluar air mata.
abah: anak abah mana boleh macam tu, pejuang kena kuat!
ana : syifa' rasa macam tak buat yang terbaik je. 
abah: semua yang terjadi dah ditetapkan di Luh Mahfuz lagi... abah pernah cerita tak tentang abah x jadi pergi ke australia lepas spm dulu?
ana : x pernah dengar pon..
abah: biasanya abah cerita kat anak-anak abah bila dapat result.. syifa' x perasan kot..
kak jidah : dah banyak kali la, abah ulang. 

kisahnya begini....

dengan result trial SPM, abah dapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Australia, dalam course engineering
tak lama sebelum hendak berangkat, tawaran itu ditarik semula, kerana kejatuhan ekonomi yang sangat teruk
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, memerlukan kos yang sangat banyak jika tidak mendapat biasiswa, abah hanyalah anak seorang peniaga buah di kampung.. tidak mampu..
abah kecewa, tak dapat banggakan atok dan tokwan
tapi abah pasrah, mungkin ada hikmah di sebaliknya..
abah sambung belajar kat UITM Shah Alam. Abah ikut usrah, ambil kos business(kalau x silap)
habis belajar, abah mengajar kat Hira', tak ada kena mengena dengan kos yang diambil..
kemudian, abah berhijrah ke Kemaman, dengan Ummi
Berdirilah Tadika Nurul Iman, tadika islam terawal di kemaman
kemudian, pakcik2 dan makcik2 fikir tarbiyah itu perlu berterusan
Kemudian, tertubuh pula Sekolah Rendah Islam Al-Amin..
pada waktu itu, abah bekerja di KSB, sebagai pengurus bahagian Human Resource
Selepas 20 tahun daripada tawaran yang dahulu,
abah dapat tawaran daripada pejabat untuk belajar (master) sambil bekerja di Australia bidang pengurusan.

indah perancangan Allah, kan??
mungkin ia mengambil masa yang agak lama,
tapi perkara itu terjadi..
mungkin kalau abah pergi ke Australia waktu itu, 
tidak tertubuh di Kemaman sekolah kita tercinta,
itu yang abah tekankan
perancangan Allah lebih hebat daripada perancangan manusia,
Semua yang tejadi, pasti ada hikmahnya..

Oleh itu, kita tak boleh putus asa!

_------------------------------------------------------------------------------------------------

setiap gred yang datang itu indah,
andai disertai kesyukuran..
setiap gred itu bermakna,
andai kita berusaha dengan sepenuhnya..

setiap A itu bagai tiada apa,
jika dituruti riak di hati
setiap A itu tidak bermakna,
jika tidak dimanfaatkan bersama
setiap A itu bagaikan tiada,
andai tidak dituruti ucapan syukur,
setiap pujian itu kosong
andai tidak kembalikan kepada yang empunya, Tuhan yang Esa..

renung sebentar,
tidak kira apa keputusannya
adakah kita sudah mengucap syukur kepada Dia?
adakah kita sudah sujud dengan linangan air mata?
adakah kita sudah menunaikan nazar kita?

adakah kita sudah ucapkan terima kasih?
kepada ibu bapa,
kepada guru-guru, 
kepada teman-teman.
yang bersusah payah kerana kita
yang sanggup berkorban untuk kita
yang membantu ketika kita tak mengerti apa-apa

adakah kita mengucapkan maaf,
kepada orang disekeliling kita,
terutama pendidik kita
yang mungkin terguris hatinya
kerana perangai kita yang tak sudah
masalah yang tak pernah selesai
teguran yang sia-sia..
bagai usaha mereka tiada hasilnya

ingatlah, 
mungkin ada antara kita yang mungkin pergi,
jauhhhh
perpisahan yang tak diminta..
apakah dia sudah maafkan kita??

adakah sudah?
jika tidak ,
lakukan segera...
mereka menanti,
mereka menerima dengan hati yang terbuka.., percayalah..
hati kita kan tenang..


tahukah antum?
ada yang tidak boleh tidur memikirkan kita?
ada ibu bapa menangis kerana kita
ada yang menghabiskan ribuan ringgit untuk kita,
ada yang menangis kerana tak percaya
ada yang tak makan kerana berdebar dengan keputusan kita?
ada yang senyum tak henti 
ada yang tak terkata
ada yang sangat sayangkan kita..
tahukah antum..
semua terjadi di hadapan mata 
cuma kita yang tak sedar..

siapakah insan itu?
siapa???
tak lain tak bukan 
guru-guru kita,
dan ibu bapa kita..
dan apa yang kita lakukan?
berdiam diri dan pergi?
mereka menunggu kita 
tapi adakah kita ucapkan tahniah kepada mereka?
tahniah muallimah, 
tahniah muallim,
tahniah ummi , abah
tanpa kalian kami tak mungkin seperti ini...
adakah kita ucapkannya?

tolong,
jangan pentingkan diri..
tolong,
jangan tinggikan ego,
tolong,
kasihanilah mereka..

p/s: kejadian itu benar2 berlaku.. jangan ambil mudah. Ana mohon maaf jika ada kesalahan..
bukan diriku yang jiwang, cuma luahan hati yang perlu dikatakan..

Thursday, December 23, 2010

PMR is a journey, not a destination

ketika result baru sampai..
Bismillah,
Syukur kepadaNya,
Dengan nikmat yang tidak terhingga..


Alhamdulillah, alhamdulillah walhamdulillah..

Mula-mulanya, tahniah diucapkan kepada semua, berikut adalah hasil keputusan PMR 2010:


Peratusan lulus bagi setiap subjek:

~Bahasa Melayu: 100%
~Bahasa Inggeris: 97.9%
~Mathematics: 97.9%
~Science: 100%
~Sejarah: 100%
~Geografi: 100%
~Kemahiran Hidup (Perdagangan ) : 100%
~Pendidikan Islam: 100%
~Bahasa Arab: 87.5%

GPK:
1.66, lebih tinggi berbanding tahun lepas

Keputusan yang Memberansangkan Tahun ini:


~ Keputusan Bahasa Arab Lebih tinggi berbanding tahun lepas
~ Seramai 40 daripada 48 orang calon mendapat A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
~ Peratusan 9A dan 8A meningkat.



Tahniah!

9A's


AHMAD ANAS WAN MUZANI
AMMAR MOHD HANAFIAH
MUHAMMAD NU'AIMAN AFANDDI
MUHAMMAD SYAMIL ROSLAN
~ ANIS SUHAILAH ROSLAN
~ NUR LIYANA SYAHIRAH MOHD THANI
~ DALIA BURHAN
~ FATHIN NADHIRA HALANI
~ NURUL SYIFA' ZAMERAM









8A's


~ MUHAMMAD HAZIQ DANIAL NORIDAM
~ MUHAMMAD HUSNI ZAIM MUSTAFA
~ HAMIZAH 'AQILAH 'AUJI ISMAIL
~ FATHIN NABILAH AZMEE
~ NUR AFIAH ALI
~ NUR AISHAH AZMAN
~ NUR FATIN FATHIAH CHE DAUD
~ NUR SYAFIQAH AZMI
~ SAIDATUL KHAIRUNNISA AZMI




antara yang mendapat 9 & 8 A


7A's


~ IKMAL HAZIQ AHMAD SHAHIDAN KHADRI
~ MUHAMMAD NAUFAL ZULKIFLY
~ SYARIFUDDIN MOHD SAUPI
~ NUR IZZIANI ROSLAN
~ NUR SUFIA AZWA ABDUL MALEK ZAHAMAT
~ NURUL SYAZWANI SAIDI


6A's


~ MUHAMMAD HAZIQ ABD RAHMAN
~ CHE ENGKU AMIRUL CHE ENGKU SOFIAN
~ NUR ATHIRAH HUDA RIDZUAN

___________________________________________________


PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) — Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini Khamis.
Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.



P/S: ANDAI TERSALAH EJAAN NAMA, MOHON DIMAAFKAN.


Saturday, December 18, 2010

kna buat apa??

Bismillah,

Ana rasa ramai yang maklum, tentang tarikh pengumuman keputusan PMR 2010, kan??


Mesti rasa..
Debar,
Takut,
Pening ,
stress
n so on..

Nak kata supaya berusaha supaya dpt result yang cemerlang,
agak terlambat.
Sbb kita semua dah jawab..

Melainkan,
BERDOA kepadaNya,
Nak mengharap jawapan kita tetiba je betul ke, siapa tahu??

Apa2 pon, kita kna sedar,
Result yang kita dapat itu yang terbaik buat kita.

Mungkin result kita sangat cemerlang,
Supaya kita lebih semangat untuk belajar di masa hadapan
Mungkin result kita lebih ok daripada sebelumnya,
Supaya kita tahu di mana kemampuan kita.
Mungkin juga result kitra tak seperti yang diharapkan,
Supaya kita berusaha lebih gigih
 sedarkan diri bahawa tak semua mimpi akan menjadi realiti..


Dan yang utama,
Supaya kita sedar,
perkara yang terjadi itu perlu memotivasikan kita,
untuk menjadi insan yang lebih baik,

Doakan yang terbaik untuk kita,
Doakan yang terbaik buat sahabat2 kita,
Doakan yang terbaik buat sekolah kita,
Doakan yang terbaik untuk negara,
Doakan yang terbaik untuk ummah,
Doakan semoga kita semua memperoleh Jannah.


~ Batch kita memegang harapan yang tinggi oleh
pihak sekolah, ibubapa, muallim n muallimah, senior2, dan adik2~

p/s: Kita pernah gegarkan sekolah untuk keputusan UPSR, apakah mungkin kita gegarkan sekali lagi sekolah dengan PMR? Insya Allah!

Thursday, December 16, 2010

Thursday, December 9, 2010

Wahai Pejuang!



tgh cari2 video xrek, terjumpa video ni. 
Interesting! terima kasih kepada pembikin video..

Tengoklah dengan mata hati, moga antum dapat merasai..




tatkala kita bersenang ketika ini,
apakah kita ketahui,
bahawa kita semakin lupa amanah kita,
semakin keliru antara dua arah,
semakin berani menidakkan ketentuan,
semakin jauh dihanyut ombak..
di lautan dunia.. 
kita tak tahu.., 
mungkin kita semakin dekat dengan ancaman di lautan sana
mungkin sampai satu masa, kita cuma dua pilihan, pabila sudah jauh tersesat..
teruskan perjalanan atau patah balik ke daratan.,

kalau itu yang terjadi, sahabat..
berhentilah sejenak..
berhentilah barang seketika
fikirlah sedaya upaya..
apakah kita tersalah membuat pilihan?
jika jawapannya ya, 
ingatlah sentiasa ada masa untuk memperbaikinya..
jika tidak jawapannya,
teruskan belayar .. doaku mengiringimu.. semoga kata hatimu benar..
kerna ku takut dunia hilang seorang pejuang,
Pejuang Islam!

~ Allah itu Maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui..
tidak kira di mana kau berada, tidak pernah keluar daripada pandangannya..~

P/s: semoga post bermanfaat, jika tidak, doakan yang lbh baik untuk ana..

Friday, December 3, 2010

kepada peserta xrek shj

Salam

Cuma peringatan kepada semua peserta XREK 2010:

-Anas
-Ammar
-Husni
-Mujahid
-Nuaiman
-Syakir
-Syamil
-Luqman
-Zaid
-Adibah
-Anis
-Syifa'


Anda dikehendaki untuk membuat laporan
 sila hantarkan kepada akh sufian seberapa segera. 

Apa2 pon, tahniah kerana berjaya mengikuti program ini.

Bagi pihak akhawat, ana mohon maaf jika ada apa2 kesilapan samada sengaja ataupun tidak sepanjang bekerjasama.

Selamat melakukan tugas!


*p/s : pesanan akh sufian, just buat aktiviti apa dan pengajaran yang kita dapat..