Saturday, August 28, 2010

kelebihan2 pada bulan ramadhan



1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda “Rugilah puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Friday, August 20, 2010

masih sempat!!

DIDEDIKASIKAN KHAS BUAT
RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN
GENERASI 8 AL-AMIN

seperti yang kita semua tahu ...
PMR hanya ada diseberang jalan

selain fokus dalam study...
rasanya ada lagi aspek lain yang perlu kita fokuskan juga!

HUBUNGAN DENGAN MANUSIA
ana rasa antum tahu sendiri apa salah kita dengan manusia berikut:

IBU,UMI,MAMA/AYAH,ABAH,WALID,PAPA

MUALLIM/MUALLIMAH from ting. 1 until ting. 3

SAHABAT

FAMILY

and so on....

pada insan insan diatas ada berkatnya doa mereka kepada kita,
doa ibubapa terhadapnya anaknya yang soleh
doa seorang guru untuk kejayaan muridnya
doa seorang sahabat kepada sahabat yang dicintainya kerana Allah
dan doa seorang muslim kepada saudara seagamanya.

JANGAN pandang remah soal hubungan terhadap manusia kerana disitu
letaknya sebahagian besar dosa kita,

dan jangan ingat sangat mudah untuk mereka memaafkan kita!

HUBUNGAN DENGAN ALLAH

insaf lah sahabatku....
pohonlah ampun atas dosa mu yang lalu
sesungguhnya Allah itu pemaafnya sangat besar!
insha-Allah kalau kita
bertaubat dengan sebaik-baik taubat
Allah akan meredhoi segala usaha kita.



SEKIAN, WASSALAM

Memori

Aku masih ingat saat aku mula mengenali buku teks dihadapan mata, tika itulah seorang insan datang kepadaku dengan jarinya menunjukkan huruf, abjad, nombor dan kalimah.

"Cuba baca apa yang ditulis atas buku ni," cikgu mula bersuara.

"Sa-sa-saya pe-pe-pelajar tahun setu," gagap suaraku tidak tahu membaca.

"Eh, silap tu! Bukan 'setu' tapi 'satu'."

"Oh.. macam tu. Baru tahu, cikgu."

"Tak apa. Cuba baca sekali lagi, mesti boleh baca dengan lancar."

"Sa-saya pelajar tahun satu."

"Ha... tu boleh. Sekarang, baca lagi ayat seterusnya. Cikgu nak dengar."


Sejak itulah aku semakin pandai dalam membaca perkataan demi perkataan sehingga lengkap satu ayat. Aku lebih banyak berusaha untuk menjadi seorang pelajar yang boleh membaca dengan lancar. Hari demi hari, aku semakin seronok belajar dengan cikgu. Bukan disebabkan oleh cikgu pandai mengajar, tapi disebabkan cikgu itu selalu menolong aku bila aku tersilap membaca atau mengeja. Pendek cerita, memang seronoklah belajar dengan cikgu. Sehinggalah tiba satu hari ketika di tahun lima...



"Aliff! Kenapa kamu tak siapkan kerja sekolah ni?" Aku sungguh terkejut kerana itulah kali pertama cikgu menengking dengan nada suara yang tinggi.


"Sa-saya terlupa cikgu." Itulah alasan yang aku ada. Harap-harap cikgu dapat terima alasan aku.

"Cikgu tak boleh terima alasan kamu. Kamu buat apa dekat rumah?" Nada suara cikgu semakin tinggi. Makin seram aku dibuatnya. Biasalah, bukan pernah aku kena dimarahi sebegitu sekali oleh cikgu kesayangan aku.

"Saya main bola, cikgu."

"Itu yang kamu buat di rumah, lagi?"

"Saya tertidur awal malam tadi, cikgu. Sebab itulah saya terlupa nak buat kerja sekolah."

"Awak ni macam-macamlah, ada saja alasan awak tu. Orang lain boleh buat kerja sekolah kenapa kamu tak boleh buat? Kamu ada anak di sampai tak boleh buat kerja sekolah?"

"Tak ada cikgu."

"Habis tu?"

"Matilah aku lepas ini!" hatiku mula berbisik resah disebabkan aku sudah kehabisan alasan.

"Jawablah. Kenapa tak jawab?"

"Malunya aku kena tengking,semua kawan aku tengok,tambah-tambah pelajar perempuan,mana aku nak letak muka aku?"  hatiku menjerit sayu melepaskan perasaan malu... tapi langsung tidak hilang.

"Err... saya minta maaf cikgu. Sa-saya tak buat lagi."

"Tak buat? Tak buat apa? Kamu tak mahu buat kerja sekolah lagi? Atau kamu tak mahu ulangi perbuatan kamu ni?"

"Saya tak mahu ulangi perbuatan saya cikgu. Saya janji saya akan buat kerja sekolah lepas ni."

"Sudah. Lepas ni saya tak mahu lagi tengok kamu tak buat kerja sekolah. Faham!"

"Faham cikgu..."




Itulah salah satu memori yang aku tak boleh lupa. Setiap hari ada sahaja perkara yang merunsingkan aku. Pernah juga aku ditendang pelajar perempuan sebab makan nasi mereka, ada juga aku kena simbah dengan air sinki dalam tandas sebab lama sangat duduk dalam tandas, pernah juga satu hari aku kena berdiri atas kerusi sebab tidur dalam kelas. Itu pun nasib aku sahaja. Kalau tidak, mungkin sudah digantung pada kipas sewaktu aku tengah proses air liur. Tetapi setiap kali ada masalah, pasti aku akan berjumpa dengan cikgu kesayangan aku. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Zulaikha. Bujang lagi tu. Hehe...


Sewaktu aku di sekolah menengah lagi seronok. Setiap hari dapat kacau cikgu. Hehe... Zaman moden, aku pun sudah ada telefon bimbit. Aku dapat nombor cikgu pun sewaktu aku menghantar buku karangan padanya. Sampai sahaja di meja cikgu, aku letak buku. Tetapi entah macam mana, mata aku boleh ternampak susunan nombor telefon atas kertas. Aku tengok nombor tu ada tertera nama Cik Zulaikha. Aku pun apa lagi, sudah peluang, copy paste sajalah nombor telefon itu masuk dalam kepala otak aku. Lepas tu terus aku save. Hehe... Sepanjang hari aku senyum lebar sehingga gigi aku bertambah kulatnya.



Setiap malam, aku ganggu cikgu aku sampai dia dah naik runsing walaupun cikgu aku tidak tahu siapa yang kacau dia. Sampailah suatu hari aku cuba call Cikgu Zulaikha tapi tak dapat. Rupanya dia dah tukar nombor telefon. Sedih aku dibuatnya...



Hari khamis, 19 November 2009 merupakan hari terakhir aku menimba ilmu di sekolah menengah. Hari itu juga merupakan hari terakhir untuk aku tengok wajah cikgu kesayangan aku. Kalau aku boleh tengok pun buat apa, Cik Zulaikha yang aku kenal itu dah kahwin dengan orang Terengganu. Nasib baik bukan Negro dari Afrika. Apa boleh buat, bukan rezeki aku. Yalah... aku 17 tahun, cikgu aku 31 tahun. Tak kira umur, asal pandai mengajar aku sudah.



Pada hari yang sama, jam 10.46 pagi ,aku turun tangga dari tingkat empat, kemudian aku nampak Cikgu Zulaikha naik tangga. Apa lagi, cepat-cepat aku memperkacakkan wajah aku; sikat rambut guna jari, lebatkan mata guna air liur dan ikat tali leher yang aku minta dari ayah aku. Aku pun apa lagi, dengan bunga mawar di bibir, aku menunggu guru pujaan hatiku naik ke tingkat empat.


"Eh, kenapa tak muncul-muncul lagi cikgu aku ni."  hatiku berbisik kehairanan. Aku cuba jenguk-jenguk ke bawah. Rupanya Cikgu Zulaikha naik ke tingkat tiga.

"Ala... ingatkan naik tangga sampai tingkat empat, rupanya ada *R&R pula di tingkat tiga. Apa nak buat, bukan nasib aku."


Tiba-tiba,seorang pelajar perempuan yang agak gemuk dan gelap memandang aku dengan wajah ala Mr.Bean. Nak mati aku rasa waktu itu sebab perlakuan bodoh aku itu dilihat insan yang agak busy body. "Habislah aku kali ini, jadi bahan ketawa orang lain."


"Aliff, apa yang kamu buat ni?" pelajar perempuan itu bersuara.

"Pergilah kau! Suka sangat ganggu aku."


Tiba-tiba dia hebohkan pada semua pelajar perempuan. Bukan pelajar perempuan kelas aku sahaja, tapi satu blok dia heboh. Malu la aku... Hari terakhir juga aku buat hal. Tak sempat tiga jam aku akan meninggalkan sekolah ini sudah kecoh satu bangunan. Macam-macam...





Hari ini hari amat indah bagiku. Aku baru sahaja lepas konvoi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Nak macam mana aku boleh masuk ke universiti ini? Panjang ceritanya, saya pendekkan. Selepas aku keluar daripada alam persekolahan, aku terserempak dengan seorang jejaka di masjid. Waktu itu dia baru sahaja habis baca al-Quran. Aku pun mendekati dia, mungkin dia akan layan insan macam aku. Aku tegur jejaka ni dengan suara manisku, macam aku mengurat cikgu.



"Err... abang baru habis baca al-Quran?"


"Assalamualaikum," dia memberi salam. Aku pun tersedar yang aku sepatutnya bagi salam dulu sebelum aku menegur dia.

"Wa'alaikummussalam," itulah jawapan salamku setelah sekian lama aku tak menyebutnya.

"Ya? Ada apa-apa yang abang boleh bantu?"

"Err..tak ada apa-apa. Saya saja ingin berkenalan. Siapa nama abang? Tak pernah nampak pun?"

"Nama abang Mikail. Abang baru  berpindah ke kawasan perumahan ni."

"Ooo... patutlah saya tak pernah nampak abang sebelum ini."

" Err... boleh abang tanya sikit tak?"

"Boleh. Apa dia abang?"

"Err... tandas di mana?"

"Itu soalannya. Ingatkan mustahak sangat tadi." hatiku berbisik entah apa-apa.


"Tandas di belakang sana. Abang nak masuk tandas ya? Kalau abang nak masuk tandas, tandas itu tak berapa mewah sangat sebab terlalu banyak hiasan-hiasan yang tak best kita bau. Gurau saja. Hehe..."



"Abang cuma nak ambil air wuduk."


"Ooo... dah terbatal ke?"

"Bukan terbatal tapi abang nak memperbaharui wuduk abang."

"Ehh... bukankah abang dah habis baca al-Quran? Kenapa abang nak berwuduk lagi?

"Memanglah sudah habis baca tapi selepas ini abang ada usrah."

"Usrah? Usrah itu apa?"

"Usrah itu ertinya kita berkumpul dalam satu bulatan dan berbincang serta bertukar-tukar pendapat dalam isu agama dan semasa."

"Ooo... macam tu. Best tak usrah?"

"Best... jom la join abang sekali."

"Oraitttt! No problem. Line clear."






Sejak itulah aku mula mengikuti usrah. Banyak perkara yang aku dapat. Jika dulu aku pandai membaca tulisan rumi dengan lancar, kini aku boleh membaca al-Quran dengan bertajwid. Jika dulu aku sering mengganggu cikgu, kini aku tahu untuk beradab dengan guru. Jika dulu aku selalu melakukan sesuatu yang kurang faedah, sekarang aku dapat memperbanyakkan amalan ibadah. Hanya dengan mengikuti usrah best. Aku langsung tidak pernah meninggalkan usrah bermula kali pertama aku mengikuti usrah hingga sekarang. Setelah aku mengikuti usrah selama dua bulan, aku bertanyakan sesuatu kepada abang Mikail.


"Abang Mikail, boleh tanya sikit tak?"


"Apa dia?"

"Abang belajar dekat mana sekarang ni?"

"Abang belajar dekat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kenapa?"

"Seronok tak belajar dekat situ?"

"Memang seronok. Abang join usrah pun sebab semua kawan yang abang kenal belajar di sana."

"Ooo... macam tu. Kalau saya nak belajar di universiti itu boleh tak?"

"Boleh, apa salahnya. Jomlah belajar sama-sama di sana."

"Boleh saja, tapi abang buat master kan?"

"Abang masih boleh tolong kamu."

"Betul juga tu. Okey la kalau macam tu."


Aku diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sekarang aku menuntut di universiti itu di tahun terakhir. Mak aku pula bercadang nak langsungkan perkahwinan aku lepas aku habis belajar, tapi aku tak berfikir pun pasal itu. Apa yang aku fikir ialah aku ingin sambung belajar sikit sahaja lagi di Mesir.Harap-harap aku dapat...



Tiga tahun sudah berlalu. Sekarang aku baru balik dari Mesir. Sudah berkahwin, isteri aku orang Johor. Punyalah baik dia layan aku. Fizikal dan mental dia, Alhamdulillah semuanya baik. Lagipun, Allah sudah berfirman bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Aku ini dalam kategori yang agak baiklah. Hanya Allah yang menentukan kedudukan aku.



Hari Isnin, aku dapat berita daripada kawan lama aku mengatakan cikgu aku maut kemalangan. Aku agak terkejut dengan berita itu. Aku terus letak teko berisi kopi atas meja lalu memandu Honda Accord menuju ke lokasi kejadian. Dalam hatiku, aku agak terkejut dengan berita kemalangan itu... tapi aku masih keliru. "Cikgu mana yang maut ni? Cikgu Zulaikha ke Abang Mikail?"


Setelah aku sampai di situ, aku terus disambut kawan aku yang telefon tadi. Dia suruh aku pergi tengok siapa yang maut. Aku bertanya, "Ehh... tak kan kau tak tahu siapa yang maut?"

"Aku tahu..tapi aku mahu kau pergi tengok sendiri dengan mata kau siapa yang maut tu."


Aku pun apa lagi, cepat-cepat pergi tengok bungkusan mayat. Terkejut aku bila tengok jasad yang berlumuran darah. Aku cuba tengok muka mayat tu. Aku terkejut bila nampak muka Cikgu Zulaikha sudah rentung...



"Cikgu, cikgu, cikgu!"
hatiku menjerit tidak dapat menahan perasaan sedih. Kawan aku memberitahu bahawa cikgu baru balik dari rumah kawannya Aku cuma dapat menahan perasaan sedih. Kemudian, kawan aku menarik aku pergi kepada satu lagi kereta yang berlanggar dengan Cikgu Zulaikha. Aku kesat air mata dan terus melangkah ke kereta yang satu lagi.



Pada awalnya aku kurang pasti siapa yang terbaring atas kerusi pemandu itu. Aku pun mendekat sikit. Kemudian, pasukan penyelamat datang. Aku baru nak tengok mayat itu tapi sudah dihalang pasukan penyelamat. Aku pun tunggu sampai mayat tu berjaya dibawa keluar. Akhirnya berjaya jugak mereka membawa keluar mayat yang tersangkut itu. Aku cepat-cepat pergi tengok wajah mayat tersbut. Kali ini aku tidak mampu berkata apa-apa. Abang Mikail meninggal dunia tanpa sebarang cedera sedangkan kereta yang dipandunya remuk. Bukan setakat itu sahaja, jasad abang Mikail masih wangi. Ada al-Quran di dalam poket baju abang Mikail. Ternyata bahawa Allah melindungi hamba-Nya yang beriman. Kawan aku yang berdiri di sebelah cuma memegang bahu aku. Dia menyuruh aku bersabar dengan takdir Allah.



Aku berada agak lama di tempat kejadian. Akhirnya aku mendapat tahu bahawa abang Mikail sebenarnya dalam perjalanan pergi ke masjid manakala Cikgu Zulaikha pula baru pulang dari rumah teman lelakinya. Teman lelakinya datang ke tempat kejadian dan mengaku telah berkhalwat dengan Cikgu Zulaikha di rumahnya. Cikgu Zulaikha bukan sahaja berkhalwat malah telah curang kepada suaminya. Disebabkan itulah Allah telah mengazabkan Cikgu Zulaikha atas perbuatannya itu.



Aku amat kesal dengan perbuatan cikgu aku. Jika dulu, aku sering mengharapkan perasaan aku terhadap Cikgu Zulaikha dibalas dengan perasaan sayang. Tapi ,sekarang baru aku tahu kenapa Tuhan mengasingkan aku daripada Cikgu Zulaikha dan bertemu dengan abang Mikail. Allah ingin menunjukkan bahawa orang yang beriman sentiasa dalam rahmatnya dan orang yang lalai dalam melaksanakan hukum Allah telah disediakan neraka untuknya. Tidak kira walau siapapun manusia itu. Sama ada guru kita, ibu bapa kita mahupun teman kita, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga dengan diriku. Dulu aku jahil tentang agama, tapi kini aku menjadi imam muda di masjid. Segala-galanya atas kehendak Tuhan yang Maha Esa.



Sehingga kini, peristiwa itu tidak pernah luput dalam ingatan aku. Cikgu Zulaikha dan  Abang Mikail, kedua-duanya merupakan guru yang aku sayangi. Cikgu Zulaikha mengajar aku memahami ilmu dunia manakala abang Mikail mengajar aku mengenali agama, dunia dan akhirat. Kedua-duanya merupakan guru aku tetapi mereka pergi dalam keadaan yang berbeza. Aku amat sedih dengan pemergian keduanya. Biarlah semua itu menjadi memori yang tercatat dalam diari ingatanku. Aku juga berharap agar memori yang tidak akan lupus ini memberikan pengajaran yang baik dan dapat mengubah hati-hati manusia.




* R&R: Kawasan Rehat dan Rawat

Kita x sama

Di kala kita bersuka ria
Bersama merenung bulan purnama di keheningan malam
Di saat kita mengucapkan kata-kata cinta
Di ketika waktu kita bergelak ketawa
Tidakkah terdetik di hati kita
Insan lain harus bertarung nyawa hanya untuk mendapatkan sesaat nafas
Insan lain terpaksa bertarung maut demi pertahankan maruah agama
Demi menjaga nama bangsa kita
Pernahkah kita sedari bahawa semua milik kita hanyalah sementara
Harta, pangkat dan nafsu menjadikan perjuangan kita terbatas





Tidak terdetikkah kita betapa merananya mereka
Mungkin pada zahirnya semuanya nampak kuat
Namun di hatinya siapa yang rasainya?
Mereka membungkus kesedihan lalu dicampakkan ke seberang
Agar mereka bisa berjihad fisabilillah
Tiada yang dapat memusnahkan azam mereka
Sehingga titisan darah yang terakhir
Mereka melaungkan kalimat agung
Kalimah ALLAHUAKBAR!!!
Sehingga bergetar seluruh jiwa raga


Sedarkah kita nasib mereka tidak seperti kita
Kita bermewahan
Mereka hanya berbumbungkan langit
Berlantaikan bumi
Bertingkapkan angin yang bertemankan debu


Mengapa sukar sekali untuk kita bangun hanya untuk menyembah Allah?
Sedang mereka sanggup menyembah Allah sedang dalam keperitan
Sedang dalam kelaparan
Dalam peperangan yang jauh sekali akan tamat





Sedarlah insan
Nasib mereka tidak serupa kita
Doakan mereka
Kirimkan kata-kata semangat buat mereka

Be Strong lah SAHABAT



dalam al-quran yang agung, allah ada menyebut dalam
surah al-ankabut ayat 2,

"apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja
setelah mengatakan :"kami telah beriman" sedangkan mereka belum
di UJI??"

paling penting ujian hati...
hati ini selalu rasa TIDAK puas dengan nikmatnya..
hati ini selalu buat perbandingan...

*kenapa orang tuh ada rumah BESAR..kereta BESAR...aku takde kereta pon?
$kenapa orang tuh pandai banget !! tapi aku ?? belajar beratus kali pon tak ingat jugak!
HAISY....! diri oh diri

lepas tuh mula rasa tuhan tuh jauh beribu batu daripada kita
sedangkan Allah tuh cuma ada dihadapan...
ITU lah jadinya bila IMAN mudah diluntur dengan clorox kebatilan

hakikat nya manusia memandang POSITIF = SAYANG and NEGATIF = BENCI
sebenarnya disisi Allah...
Dia menguji hambanya kerana kasih dan sayang Nya

dan ketahuilah sahabat...KASIH sayang Allah is MORE than his anger!!!

jadi sekarang,
kembalilah kepada ISLAM TRULY!

"ISLAM itu maksudnya sejahtera,Islam itu cahaya,
ia bukan sekadar solat , puasa, menunaikan zakat dan jihad...
Islam itu cara kita makan, tidur. Bahkan islam itu juga cara kita
berjalan dan bercakap. Islam itu ilmu.Islam juga
kehakiman, Negara dan POLITIK. ISLAM itu diri kita sendiri !
Daripada dalam diri hinggalah apa yang ada disekeliling kita.
Islam itu adalah apabila hati kita merasa tenang dalam apa JUA keadaan,
dan ISLAM itu adalah tentang KEBAIKAN semata-mata...
oh ! indahnya!

SAHABAT!
tidak perlu merasakan dirimu itu tidak layak berdiri sama baris dengan para SAHABAT terdahulu,
jangan pernah putus asa untuk hadapi ujian walau seberat 25 ekor gajah afrika sekalipon,
kerana rahmat Allah itu sangat LUAS !!

Az-Zumar : 53
"katakanlah: wahai hamba yang melampaui batas terhadap diri mereka,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesungguhnya Dialah jua Maha pengampun
lagi Maha PENYAYANG"

Seterusnya Sahabat.
ingatlah bahwa jalanan yang akan kita lalui nanti masih panjang,
yakinlah pada Allah akan dimanakah akhirnya kita akan berhenti
kerana di
DUNIA BATU KACA ini
hanya pada Allah kita bergantung harap...

SEKIAN , WASSALAM

Friday, August 6, 2010

Syaitan pun TAKOT..

kisah ini dititipkan oleh ummi
saat berkumpul lepas solat isyak suatu hari...
dan untuk tidak menghilangkannya dari memori ini
wajarlah ntuk daku titipkan kisah itu disini..
untuk renungan bersama...

p/s: ana x berapa ingat sangat, kalau ade kelompongan
harap dimaafin..

alstorynya bermula...
saat angin beradu sepoi2 x reti bahase...
se'ekor' syaitan sedang mencari mangsanya..
cari punya cari,
dari lubang tandas sehingga ke lubang cacing..
jeng2 dah jumpa dah,
seorang hamba Allah yang sederhana imannya,
x terlalu beriman dan x la x beriman kan..

syaitan tersebut menyapa hamba Allah itu
dengan menjadikan hamba tersebut sebagai
sahabat nya sehidup dan semati..
lalu syaitan berpesan kepada sahabat barunya
untuk tidak bersolat(pada waktu tu, waktu subuh)
tapi hamba tersebut teragak2,
lalu h.Allah itu mengambil nasihat syaitan
untuk meninggalkan solatnya..
pada mulanya syaitan tidak berasa apa2 lagi..

akan tetapi,
sesampainya waktu zohor,
h.Allah itu tidak menunaikan solatnya,
tangan syaitan mulai terketar2,
sehinggakan waktu asar,
h.Allah itu menjadi ghairah lagi
untuk meninggalkan solatnya..
pada waktu itu,
sebahagian anggota syaitan pula
yang menggeletar...
sesudah maghrib,
berlaku hal yang sama..
sehinggakan solat isya',
syaitan itu tidak sanggup lagi
untuk terus bersahabat dgn h.Allah 2..

dan syaitan menuturkan kata-kata yang
mengusik kalbu kepada h.Allah tersebut:
'Pada mula aku bersahabat dgn engkau, aku bersa sangat gembira
kerana aku sudah berjaya menggoda seorang manusia. akan tetapi,
bila engkau mula meninggalkan solat, aku pula yang berasa takut malah
engkau makin ghairah untuk melakukan dosa.. bahkan aku dulu yang
dimurkai Allah juga berasa takut dgn-Nya, apatah lagi kamu MANUSIA.
dengan ini, aku memutuskan hub. sahabat kta.'

h.Allah itu terpinga2 lalu menginsafi dirinya yang sungguh hina itu..

pengajaran:
hatta syaitan sendiri takut apatah lagi kita manusia yang banyak dosa ini,
jadi ana menyeru semua supaya menunaikan solat serta menyempurnakan
solat kita supaya diterima Allah..
~sama2lah kita menuju ke arah kebaikan~

p/s: maaf di atas kekurangan diri ini..
doakan kejayaan kami b8 dalam PMR '10..

salam perjuangan,
dalam menuju ke gerbang kejayaan,
Hamba Allah (HAA)