Friday, December 24, 2010

realiti tidak selalu indah..

Bismillah...

Anonymous said...

salam..mungkin yg 9a boleh tertawa gembira..tp buat yang lain..yg gagal? berikan kata2 semangat...bukan senang tp usaha itu menjadi kayu ukur..better dari langsung tak bersemangat..kan??

betul, ana setuju.. cuma ana x rasa ada yang gagal
semua berjaya dengan usaha masing2...

perkongsian ini merupakan kisah benar, cuma ingin berkongsi tentang apa yangmembuatkan ana mendapat ketabahan, 
 moga bermanfaat!!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada 23 Disember 2010..

seorang puteri abah dan ummi berada dalam bilik..

Kemudian datang abah tercinta, bersedia untuk mulakan perjalanan..,

abah: apa khabar anak abah sorang ni? 
ana : entah, emosi tak stabil
abah: abah tak kisah syifa' dapat berapa, yang penting syifa' dah berusaha..
ana : no comment
abah : kita tak leh anggap semua yang kita nak akan terjadi.. kadang-kadang manusia perlukan ujian, kegagalan untuk lebih maju. jadikan dia sebagai batu loncatan. 
ana: bukan senang nak terima yang kita gagal
abah: siapa kata syifa' dah gagal?
ana: tak la, risau je. science, sejarah dgn kh tak pasti la..
abah: dapat result apa-apa pon, kita tak leh putus asa. x dapat semua A pon tak pe.. 
ana : dapat apa-apa pon result, macam confirm je keluar air mata.
abah: anak abah mana boleh macam tu, pejuang kena kuat!
ana : syifa' rasa macam tak buat yang terbaik je. 
abah: semua yang terjadi dah ditetapkan di Luh Mahfuz lagi... abah pernah cerita tak tentang abah x jadi pergi ke australia lepas spm dulu?
ana : x pernah dengar pon..
abah: biasanya abah cerita kat anak-anak abah bila dapat result.. syifa' x perasan kot..
kak jidah : dah banyak kali la, abah ulang. 

kisahnya begini....

dengan result trial SPM, abah dapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Australia, dalam course engineering
tak lama sebelum hendak berangkat, tawaran itu ditarik semula, kerana kejatuhan ekonomi yang sangat teruk
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, memerlukan kos yang sangat banyak jika tidak mendapat biasiswa, abah hanyalah anak seorang peniaga buah di kampung.. tidak mampu..
abah kecewa, tak dapat banggakan atok dan tokwan
tapi abah pasrah, mungkin ada hikmah di sebaliknya..
abah sambung belajar kat UITM Shah Alam. Abah ikut usrah, ambil kos business(kalau x silap)
habis belajar, abah mengajar kat Hira', tak ada kena mengena dengan kos yang diambil..
kemudian, abah berhijrah ke Kemaman, dengan Ummi
Berdirilah Tadika Nurul Iman, tadika islam terawal di kemaman
kemudian, pakcik2 dan makcik2 fikir tarbiyah itu perlu berterusan
Kemudian, tertubuh pula Sekolah Rendah Islam Al-Amin..
pada waktu itu, abah bekerja di KSB, sebagai pengurus bahagian Human Resource
Selepas 20 tahun daripada tawaran yang dahulu,
abah dapat tawaran daripada pejabat untuk belajar (master) sambil bekerja di Australia bidang pengurusan.

indah perancangan Allah, kan??
mungkin ia mengambil masa yang agak lama,
tapi perkara itu terjadi..
mungkin kalau abah pergi ke Australia waktu itu, 
tidak tertubuh di Kemaman sekolah kita tercinta,
itu yang abah tekankan
perancangan Allah lebih hebat daripada perancangan manusia,
Semua yang tejadi, pasti ada hikmahnya..

Oleh itu, kita tak boleh putus asa!

_------------------------------------------------------------------------------------------------

setiap gred yang datang itu indah,
andai disertai kesyukuran..
setiap gred itu bermakna,
andai kita berusaha dengan sepenuhnya..

setiap A itu bagai tiada apa,
jika dituruti riak di hati
setiap A itu tidak bermakna,
jika tidak dimanfaatkan bersama
setiap A itu bagaikan tiada,
andai tidak dituruti ucapan syukur,
setiap pujian itu kosong
andai tidak kembalikan kepada yang empunya, Tuhan yang Esa..

renung sebentar,
tidak kira apa keputusannya
adakah kita sudah mengucap syukur kepada Dia?
adakah kita sudah sujud dengan linangan air mata?
adakah kita sudah menunaikan nazar kita?

adakah kita sudah ucapkan terima kasih?
kepada ibu bapa,
kepada guru-guru, 
kepada teman-teman.
yang bersusah payah kerana kita
yang sanggup berkorban untuk kita
yang membantu ketika kita tak mengerti apa-apa

adakah kita mengucapkan maaf,
kepada orang disekeliling kita,
terutama pendidik kita
yang mungkin terguris hatinya
kerana perangai kita yang tak sudah
masalah yang tak pernah selesai
teguran yang sia-sia..
bagai usaha mereka tiada hasilnya

ingatlah, 
mungkin ada antara kita yang mungkin pergi,
jauhhhh
perpisahan yang tak diminta..
apakah dia sudah maafkan kita??

adakah sudah?
jika tidak ,
lakukan segera...
mereka menanti,
mereka menerima dengan hati yang terbuka.., percayalah..
hati kita kan tenang..


tahukah antum?
ada yang tidak boleh tidur memikirkan kita?
ada ibu bapa menangis kerana kita
ada yang menghabiskan ribuan ringgit untuk kita,
ada yang menangis kerana tak percaya
ada yang tak makan kerana berdebar dengan keputusan kita?
ada yang senyum tak henti 
ada yang tak terkata
ada yang sangat sayangkan kita..
tahukah antum..
semua terjadi di hadapan mata 
cuma kita yang tak sedar..

siapakah insan itu?
siapa???
tak lain tak bukan 
guru-guru kita,
dan ibu bapa kita..
dan apa yang kita lakukan?
berdiam diri dan pergi?
mereka menunggu kita 
tapi adakah kita ucapkan tahniah kepada mereka?
tahniah muallimah, 
tahniah muallim,
tahniah ummi , abah
tanpa kalian kami tak mungkin seperti ini...
adakah kita ucapkannya?

tolong,
jangan pentingkan diri..
tolong,
jangan tinggikan ego,
tolong,
kasihanilah mereka..

p/s: kejadian itu benar2 berlaku.. jangan ambil mudah. Ana mohon maaf jika ada kesalahan..
bukan diriku yang jiwang, cuma luahan hati yang perlu dikatakan..

Thursday, December 23, 2010

PMR is a journey, not a destination

ketika result baru sampai..
Bismillah,
Syukur kepadaNya,
Dengan nikmat yang tidak terhingga..


Alhamdulillah, alhamdulillah walhamdulillah..

Mula-mulanya, tahniah diucapkan kepada semua, berikut adalah hasil keputusan PMR 2010:


Peratusan lulus bagi setiap subjek:

~Bahasa Melayu: 100%
~Bahasa Inggeris: 97.9%
~Mathematics: 97.9%
~Science: 100%
~Sejarah: 100%
~Geografi: 100%
~Kemahiran Hidup (Perdagangan ) : 100%
~Pendidikan Islam: 100%
~Bahasa Arab: 87.5%

GPK:
1.66, lebih tinggi berbanding tahun lepas

Keputusan yang Memberansangkan Tahun ini:


~ Keputusan Bahasa Arab Lebih tinggi berbanding tahun lepas
~ Seramai 40 daripada 48 orang calon mendapat A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
~ Peratusan 9A dan 8A meningkat.



Tahniah!

9A's


AHMAD ANAS WAN MUZANI
AMMAR MOHD HANAFIAH
MUHAMMAD NU'AIMAN AFANDDI
MUHAMMAD SYAMIL ROSLAN
~ ANIS SUHAILAH ROSLAN
~ NUR LIYANA SYAHIRAH MOHD THANI
~ DALIA BURHAN
~ FATHIN NADHIRA HALANI
~ NURUL SYIFA' ZAMERAM









8A's


~ MUHAMMAD HAZIQ DANIAL NORIDAM
~ MUHAMMAD HUSNI ZAIM MUSTAFA
~ HAMIZAH 'AQILAH 'AUJI ISMAIL
~ FATHIN NABILAH AZMEE
~ NUR AFIAH ALI
~ NUR AISHAH AZMAN
~ NUR FATIN FATHIAH CHE DAUD
~ NUR SYAFIQAH AZMI
~ SAIDATUL KHAIRUNNISA AZMI




antara yang mendapat 9 & 8 A


7A's


~ IKMAL HAZIQ AHMAD SHAHIDAN KHADRI
~ MUHAMMAD NAUFAL ZULKIFLY
~ SYARIFUDDIN MOHD SAUPI
~ NUR IZZIANI ROSLAN
~ NUR SUFIA AZWA ABDUL MALEK ZAHAMAT
~ NURUL SYAZWANI SAIDI


6A's


~ MUHAMMAD HAZIQ ABD RAHMAN
~ CHE ENGKU AMIRUL CHE ENGKU SOFIAN
~ NUR ATHIRAH HUDA RIDZUAN

___________________________________________________


PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) — Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini Khamis.
Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.



P/S: ANDAI TERSALAH EJAAN NAMA, MOHON DIMAAFKAN.


Saturday, December 18, 2010

kna buat apa??

Bismillah,

Ana rasa ramai yang maklum, tentang tarikh pengumuman keputusan PMR 2010, kan??


Mesti rasa..
Debar,
Takut,
Pening ,
stress
n so on..

Nak kata supaya berusaha supaya dpt result yang cemerlang,
agak terlambat.
Sbb kita semua dah jawab..

Melainkan,
BERDOA kepadaNya,
Nak mengharap jawapan kita tetiba je betul ke, siapa tahu??

Apa2 pon, kita kna sedar,
Result yang kita dapat itu yang terbaik buat kita.

Mungkin result kita sangat cemerlang,
Supaya kita lebih semangat untuk belajar di masa hadapan
Mungkin result kita lebih ok daripada sebelumnya,
Supaya kita tahu di mana kemampuan kita.
Mungkin juga result kitra tak seperti yang diharapkan,
Supaya kita berusaha lebih gigih
 sedarkan diri bahawa tak semua mimpi akan menjadi realiti..


Dan yang utama,
Supaya kita sedar,
perkara yang terjadi itu perlu memotivasikan kita,
untuk menjadi insan yang lebih baik,

Doakan yang terbaik untuk kita,
Doakan yang terbaik buat sahabat2 kita,
Doakan yang terbaik buat sekolah kita,
Doakan yang terbaik untuk negara,
Doakan yang terbaik untuk ummah,
Doakan semoga kita semua memperoleh Jannah.


~ Batch kita memegang harapan yang tinggi oleh
pihak sekolah, ibubapa, muallim n muallimah, senior2, dan adik2~

p/s: Kita pernah gegarkan sekolah untuk keputusan UPSR, apakah mungkin kita gegarkan sekali lagi sekolah dengan PMR? Insya Allah!

Thursday, December 16, 2010

Thursday, December 9, 2010

Wahai Pejuang!



tgh cari2 video xrek, terjumpa video ni. 
Interesting! terima kasih kepada pembikin video..

Tengoklah dengan mata hati, moga antum dapat merasai..




tatkala kita bersenang ketika ini,
apakah kita ketahui,
bahawa kita semakin lupa amanah kita,
semakin keliru antara dua arah,
semakin berani menidakkan ketentuan,
semakin jauh dihanyut ombak..
di lautan dunia.. 
kita tak tahu.., 
mungkin kita semakin dekat dengan ancaman di lautan sana
mungkin sampai satu masa, kita cuma dua pilihan, pabila sudah jauh tersesat..
teruskan perjalanan atau patah balik ke daratan.,

kalau itu yang terjadi, sahabat..
berhentilah sejenak..
berhentilah barang seketika
fikirlah sedaya upaya..
apakah kita tersalah membuat pilihan?
jika jawapannya ya, 
ingatlah sentiasa ada masa untuk memperbaikinya..
jika tidak jawapannya,
teruskan belayar .. doaku mengiringimu.. semoga kata hatimu benar..
kerna ku takut dunia hilang seorang pejuang,
Pejuang Islam!

~ Allah itu Maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui..
tidak kira di mana kau berada, tidak pernah keluar daripada pandangannya..~

P/s: semoga post bermanfaat, jika tidak, doakan yang lbh baik untuk ana..

Friday, December 3, 2010

kepada peserta xrek shj

Salam

Cuma peringatan kepada semua peserta XREK 2010:

-Anas
-Ammar
-Husni
-Mujahid
-Nuaiman
-Syakir
-Syamil
-Luqman
-Zaid
-Adibah
-Anis
-Syifa'


Anda dikehendaki untuk membuat laporan
 sila hantarkan kepada akh sufian seberapa segera. 

Apa2 pon, tahniah kerana berjaya mengikuti program ini.

Bagi pihak akhawat, ana mohon maaf jika ada apa2 kesilapan samada sengaja ataupun tidak sepanjang bekerjasama.

Selamat melakukan tugas!


*p/s : pesanan akh sufian, just buat aktiviti apa dan pengajaran yang kita dapat..

Monday, November 29, 2010

gaya hidup remaja moden

bestnye zaman muda2 ni...
remaja la katakan...
tp remaja sekarang dgn remaja dulu LAIN!!!
lain sangat sangat...
kalau dulu jajah tanah air
sekarang jajah otak..
macam mana nak hidup..?
ada cara tak???

kita ni ISLAM
bukan islam pada solat je,
tp islam pada semua aspek..
sampai la cara kita kita tidur pon ikut cara islam...
ISLAM tidak mengongkong bahkan menenangkan...

tak salah berhibur kalau betul caranya..
bahkan ada jenis dakwah dalam bentuk hiburan yakni nasyid etc
pakaian???
sama la.... ikut syariat and go on je...
tak perlu menyulitkan lagi...


ISLAM IS THE WAY OF LIFE!!!

Friday, November 26, 2010

XREK 2010

Bismillah..

InsyaAllah, akan ada satu program yang akan diadakan khusus untuk pelajar Tingkatan 3, dianjurkan oleh JIM dengan KRJ...

Ana rasa ramai yang mengetahui mengenai program ini, malangnya tidak begitu mendapat sambutan, terutama daripada golongan akhawat.

Bagi sesiapa yang berminat, terutama akhawat boleh hubungi : akh sufian : 0199398220., selewat2nya hari Ahad.

Bagi gambaran atau maklumat yang lebih mendalam mengenai program ini, boleh melawat di laman web berikut: http://xrek2010.blogspot.com/

* Pengangkutan dari Terengganu + yuran = RM 150, dengan sedikit sponsor drpd IQRAM Terengganu.
* Perjumpaan untuk taklimat pada Malam Ahad di Kemaman.

p/s: Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian.

Wednesday, November 3, 2010

manusia dan kebebasan

Bismillahirrahmanirrahim.

Manusia...
apabila dibiarkan bebas seketika...
mula lah lalai dengan keseronokan...

lawatan selama 4 hari ke perak dan selangor,,
pada hari yang lalu..byk membuka mata ana.
melihat dgn lebih jelas sifat2 sebenar
manusia2 bernama pelajar al-amin ...

kesal dan sesal bertandang,
melihat kelakuan insan2 yang tidak sedar diri..
menggunakan telefon bimbit dengan tujuan yg salah.
tidak sedarkah mereka,
duit siapakah yg membeli, men'top-up'
telefon2 mereka..
sewenang-wenangnya menggunakan utk
perkara yg tidak berfaedah malahan dikira berdosa..

ikhtilat antara llk dan perempuan sengaja dilanggar,
seolah-olah mencabar hukum Allah.

mungkin pada pandangan mereka,,,
bermain mesej laki perempuan hanyelah utk suka2...
tiada niat jahat, no harm lah konon.
tapi,,,
kalaulah mereka sedar,
perbuatan mereka itu telah menempah
satu sit utk menghampiri zina....

fitrah manusia...
sememangnya mudah lupa...
lalu, adelah tugas seorang sahabat
untuk meluruskan kembali...
akhlak sahabat2 yg makin membengkok.

janganlah mendabik dada mengatakan
"akulah sahabatmu" kalau kamu sendiri,
tidak berani membetolkan kesilapan seorang shbt...

sememangnya,
perjalanan hidup ini masih jauh...
masih banyak yang belum dialami dan diterokai,
lalu,,jika sekarang kita sudah kecundang dengan hawa nafsu,
apakah mungkin pada masa depan, 
kita akan kembali memperoleh sinar hidayahNya,
utk kembali ke pangkal jalan...

lihat dan teroponglah dlm hatimu dlm2...
pada tahap manakah nafsu kita berade..
sesungguhnya nafsu tidah perlu dibuang,,,
tetapi nafsu hanya perlu dikawal.

nafsu itu ade bbrp jenis.Check la nafsu anda yg mane satu...
ade kata pujangga ckp,,,klu nak berperang selidik la dulu latar blkg musuh..
so,,kenali dulu nafsu anda..barulah anda mampu melwan mereka.

1)NAFSU AMMARAH
   org yg berbangga melakukan kemungkaran dan seronok dlm melakukan maksiat dan dosa.
   bahkan die la sll mengajak org2 sekelilingnye utk turut berbuat jahat.
   ibarat mudah utk org2 mcm ni adelah PARASIT !
   
2)NAFSU LAWAAMAH
     org ni, dia sll mencela diri sendiri apabila die berbuat dosa...
     die sedar perbuatannya itu adelah dosa dan membencinya.
     bile die buat dosa dia akan terlalai dan terleka..
     hanya setelah selesai berbuat dosa..barulah timbul penyesalan...(ish3)
     terlajak amalan x leh go stand, go stand lagi dah. taubat jelah jalannye.

3)NAFSU MULHAMAH
     dlm diri org ini,, sudah ade bisikan kebaikan utk berusaha lebih gigih menjadi insan yg Better.
     dia x lagi cari peluang utk buat dosa..cume sesekali die terlanjor sbb x sengaja.
     dia cuba menjauhi suasana, kawan, dan keadaan yg membawa die kpd dosa.
      Keep Up Good Work !

4)NAFSU MTHMAINNAH
     nafsu inilah yg diperoleh hasil mujahadah dan latihan diri scr konsisten (istiqamah).
     berasa seronok dlm melakukan ketaatan dan juga seronok sbb berjaya tinggalkan dosa.
     inilah peringkat nafsu yg diperoleh oleh para salafussoleh yg digeruni musuh ISlaM.

 so,
apa guna agaknya kite bljr segala mcm ilmu 
agama jika kita tidak memahaminya
dan memahatkannya dlm setiap
perilaku kita.

sesungguhnya insan yang berbuat dosa kerana ketandusan ilmu agama
adelah LEBIH baik drpd mereka yg berbuat dosa sambil mata tercelik dan minda terjaga.
sila lah berase malu dgn diri sendiri.

oklah...itu shj yg ana nak kongsikan.
seperti biasa...ape yg ana harapkan dr post2 ana
hanyelah anda sang pembaca mendapat manfaat
dan Hidayah utk berubah kpd seorang yg lebih baik..
InsyaAllah...

 ~Wallahua'lam~


Thursday, October 14, 2010

Igt Kembali

Assalamualaikum sahabat2 sekalian,
Da 3 hari Kita Merdeka dr PMR
Happy an?
Tetapi  btol ker kite da merdeka dr dugaan?
Marilah tenungkan bersama...

Okey2
xnk sedey2
urm....korang sume da 2u an
Fom 3 akan buat lwtn minggu dpn kowt
tarikh ana x pasti
Skang pengetue soh kite pakat nk pi mana?
Hurm...
jom kiter pikir
berikut adlh pilihan tempat dicadang:
1)Pulau Langkawi
   -klo g kt cane
    leh snorkeling,beli brg 2 xya xnk kate rr
2)Cameron Highland
   -Ad ladang teh
     Suasane yg nyaman,tenang
     Rase nye xde best mn pwn
3)Genting Highland
   -yg mmg best!
    bleh maen permainan byk2
    rugi kowt klo x g..klo bdk sklh dye bg murah skit nk naik keter cable 2
4)Melaka
   -utk mengikatkan ttg sejarah
    g mezium..A Famosa
    best jgk ler

*So,korang pikir la mn nk g
  Klo ad tempat best lagi..bgtau k!
 mUhahahaha


Saturday, September 25, 2010

nasihat buat anda candidates PMR

Bismillah...
hrmmm...sedar x sedar kite hanye punye kurang seminggu
untk mengasah pensel2 dan minda2...utk berperang di sek.gelige.
siape musuh kite? musuh kiter bukanlah pljr2 gelige tue...
tapi...musuh kite adelah sifat malas dan kertas perikse...

Dalam kurang seminggu ni ape yg bleh kiter buat?
bg ana, waktu2 mcm ni, klu kite tekan sgt otak2 kite utk 
bljr Pagi Petang Malam Siang...agak memenatkan ...
dan ini akan membuat kiter sume rase lesu and down.

Pada waktu2 mcm nie...
kite sepatotnye...hanye membuat latihan dan belek2 buku gitu2 je..
cabar diri utk buat latihan tanpe melihat atau merujuk buku...

tapi...itu bukanlah point penting yg ana nak kongci kt cni,
point ana yg plg penting adelah..
Adakah Hubungan Anda Dengan Allah Dah Ok?

dalam menghadapi sesuatu cabaran tue,
x dinafikan persediaan fizikan dan IQ tu penting.
contoh dlm perang...kene ade mechine gun, zero x 007,
makanan,ubat,peluru, bombaway,,,dan mcm2 lagi utk menang..

Tapi,,,bagaimana dengan EQ?
klu dlm peperangan,,, takkan la kite nak lwn dgn hati yg penakot,
klu g2,,,alamat mati dek kene shoot dgn sumpit org asli...

so,ape yg kite perlu kite titik beratkan dlm waktu2 terdekat ni adelah,
kite kene banyakkan solat sunat,solat malam dan puase utk menang...
itu adelah tip2 yg sahabat2 nabi dah bg kat kite.
so, kenapa kite x cakne bende2 camni?

jadi kat cni,
ana just nak tolong insan2 yg mungkin tergapai2 lagi,
dlm awan angan2 ...antare perkara yg kiter bleh buat 
utk rapat dgn Allah adelah:

1.Amalan Wajib kene Buat Betol2, Terutamanya solat.
"dan sungguh beruntung orang2 yg memelihara amanat2 dan janjinya,
serta org yg memelihara solatnya." (Al-Mu'minun:8-9)

2.Cabar diri puasa sunat dlm seminggu pon plg koman sehari.

3.Cabar diri bangun malam dan berhajat sungguh2 nak berjaya.

4.Banyakkan solat hajat dan mohon diberi ilham pade setiap kebuntuan.

5.Ajar diri, bacalah ayat Al-Quran walau hanye 3 baris ayat sehari dan lihat
   terjemahannya sekali..
(maybe,,dlm setiap terjemahan tue ade penawar utk hati yg tandus)

ana kat cni,bukanlah nak mengajar utk buat ibadah semata2 nak berjaya...
tapi, manelah tahu...dgn usaha kiter utk berubah pade waktu2 mcm ni,
akan membawa kite setapak lebih baik dr dulu..dan
harap2 semua amalan itu diteroskan pade mase hdpn.
ana tulis berdasarkan pengalaman ana sendiri utk menjadi org yg better dr dulu.
ana bukannya org yg semporna dan turut punye titik2 hitam dlm hati..
bukannya dilahirkan sbg angel bersayap putih ...
tapi ape yg penting, adelah usaha kite utk berubah!

"Ingatlah, Allah x melihat ape hasil sesuatu itu,
tetapi Allah melihat usaha dlm kite memperoleh sesuatu itu"

mungkin mule2 kiter tidak beg2 ikhlas dlm berubah...
tapi percayalah, bile kite dah rase bestnye dekat dgn Allah,,
kite akan rase nikmatnye bersama Allah dan peritnye membuat maksiat.

ape yg ana sll pegang bile hati sering bergolak antara nak buat x nak sesuatu dosa
adelah ana akan ingat,,,bahawa melawan nafsu adelah jihad yg plg sukar.
so,,, ape yg plg penting... DEKATKAN DIRI DGN ALLAH dan taatlah dgn parents !

jadi, sekadar sebuah perkongsian drpd insan bernafsu jahat seperti anda semua juge..
May Allah Bless Our Batch In Our Every Day And Every Night.

Ikan Kejora di tengah Paya,
Cuba ditangkap si burung Citu,
Semua dah usaha untuk berjaya,
Tinggal Takdir Allah sbg. penetu

moge bermanfaat :D  
p/s- Ikan kejora dan brg citu hanyelah rekaan imaginasi penulis semata,
jgn terkeliru plak dlm geo nnt ::cheese::

Friday, September 17, 2010

Muhammad ku


rindui lah dia si pembawa syafaat....
jangan kecewakan dia sahabat,
apa kau sanggup melihat dia menangis menyaksikan perangai kita?
sayangilah dia...
sesungguhnya dia sangat menyintaimu....
umatnya...

allahumma solli 'ala muhammad rasulullah, habibullah, saifullah
RASULULLAH!!!!

Sunday, September 5, 2010

warkah seorang adam kepada kaum hawa


Hawa 
Semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian dan ketenangan hatimu
Sekali lagi kesedihan menyelubungi hati
Ke mana hilangnya sopan santun rasa hormatmu kepadaku?

Kalau dulu
Untuk mengucapkan sebaris kata di hadapanku sekalipun
Kau hanya menundukkan pandangan
Menyusun kata sebaik-baiknya seatur mungkin

Namun hari ini
Suatu kebiasaan jika kuperhatikan malumu kian lenyap!!
Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yang menghalang 
Kau bisa menyapaku tanpa segan silu
Malu itu selayaknya kau punyai tapi apa yang terjadi kini?

Apa yang membimbangkanku 
Keadaan ini bisa menjadikan kita makin hampir mengenepikan tuntutan Illahi
Pergaulan yang kukira antara pemuda  pemudi 
Menenggelamkanku dalam kekalutan perasaan
Terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan

Jika dilihat kaummu  kaumku 
Bisa seiringan tanpa ada batasnya lagi
Mengapa tidak kau semaikan rasa malu dalam diri?
Mengapa Hawa yang kukenal tidak lagi selembut dulu?
Tutur kata yang petah
Alunan suara yang lantang 
Mengheret aku ke dalam kesedihan yang berpanjangan

Jika keadaan ini berterusan
Suatu hari nanti Hawa akan menguasai dunia  Adam hanyalah penyeri sahaja
Dulu kusanjung tinggi peradabanmu 
Tapi kini, kepercyaanku kian luntur
Tatkala kulihat batas-batasmu kian memudar

Sedarlah Hawa
Dirimu menyimpan setinggi-tinggi maruah
Kaum Adam & Hawa mempunyai benteng yang teguh 
Janganlah dirobohkannya

Fahamilah 
Aku tak ingin kau terlalu menonjol diri
Dengan pakaian yang menjolok mata
Bagiku Hawa adalah sebutir mutiara 
Yang terlalu mahal harganya

Terus terang kukatakan wahai Hawa
Bukan kemarahanmu kupinta
Bukan sapaanmu mengembirakanku
Tapi kumahu kau pelihara kesopananmu  maruahmu
Jangan kau dagangkannya 
Jika bersua muka, tundukkan pandanganmu 
Perlahankan suaramu  usahlah kau tampilkan dirimu
Meskipun naluri kita sering memerlukan 
Peliharalah tingkah lakumu tak kira di mana

Walaupun aku tak mampu terus-menerus memimpinmu 
Seandainya kau tersilap langkah
Aku mahu kau sedar!
Sedar dirimu bisa terhumban ke persada kehancuran
Jika dikau biarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas dikala ini

Ketahuilah duhai Hawa 
Kembalilah ke pangkal syariat 
Yang dahulunya disanjung tinggi oleh dirimu
Yang digelar hawa,
Lemah dalam kekuatan..