Thursday, December 9, 2010

Wahai Pejuang!



tgh cari2 video xrek, terjumpa video ni. 
Interesting! terima kasih kepada pembikin video..

Tengoklah dengan mata hati, moga antum dapat merasai..




tatkala kita bersenang ketika ini,
apakah kita ketahui,
bahawa kita semakin lupa amanah kita,
semakin keliru antara dua arah,
semakin berani menidakkan ketentuan,
semakin jauh dihanyut ombak..
di lautan dunia.. 
kita tak tahu.., 
mungkin kita semakin dekat dengan ancaman di lautan sana
mungkin sampai satu masa, kita cuma dua pilihan, pabila sudah jauh tersesat..
teruskan perjalanan atau patah balik ke daratan.,

kalau itu yang terjadi, sahabat..
berhentilah sejenak..
berhentilah barang seketika
fikirlah sedaya upaya..
apakah kita tersalah membuat pilihan?
jika jawapannya ya, 
ingatlah sentiasa ada masa untuk memperbaikinya..
jika tidak jawapannya,
teruskan belayar .. doaku mengiringimu.. semoga kata hatimu benar..
kerna ku takut dunia hilang seorang pejuang,
Pejuang Islam!

~ Allah itu Maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui..
tidak kira di mana kau berada, tidak pernah keluar daripada pandangannya..~

P/s: semoga post bermanfaat, jika tidak, doakan yang lbh baik untuk ana..

No comments: