Friday, December 24, 2010

realiti tidak selalu indah..

Bismillah...

Anonymous said...

salam..mungkin yg 9a boleh tertawa gembira..tp buat yang lain..yg gagal? berikan kata2 semangat...bukan senang tp usaha itu menjadi kayu ukur..better dari langsung tak bersemangat..kan??

betul, ana setuju.. cuma ana x rasa ada yang gagal
semua berjaya dengan usaha masing2...

perkongsian ini merupakan kisah benar, cuma ingin berkongsi tentang apa yangmembuatkan ana mendapat ketabahan, 
 moga bermanfaat!!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada 23 Disember 2010..

seorang puteri abah dan ummi berada dalam bilik..

Kemudian datang abah tercinta, bersedia untuk mulakan perjalanan..,

abah: apa khabar anak abah sorang ni? 
ana : entah, emosi tak stabil
abah: abah tak kisah syifa' dapat berapa, yang penting syifa' dah berusaha..
ana : no comment
abah : kita tak leh anggap semua yang kita nak akan terjadi.. kadang-kadang manusia perlukan ujian, kegagalan untuk lebih maju. jadikan dia sebagai batu loncatan. 
ana: bukan senang nak terima yang kita gagal
abah: siapa kata syifa' dah gagal?
ana: tak la, risau je. science, sejarah dgn kh tak pasti la..
abah: dapat result apa-apa pon, kita tak leh putus asa. x dapat semua A pon tak pe.. 
ana : dapat apa-apa pon result, macam confirm je keluar air mata.
abah: anak abah mana boleh macam tu, pejuang kena kuat!
ana : syifa' rasa macam tak buat yang terbaik je. 
abah: semua yang terjadi dah ditetapkan di Luh Mahfuz lagi... abah pernah cerita tak tentang abah x jadi pergi ke australia lepas spm dulu?
ana : x pernah dengar pon..
abah: biasanya abah cerita kat anak-anak abah bila dapat result.. syifa' x perasan kot..
kak jidah : dah banyak kali la, abah ulang. 

kisahnya begini....

dengan result trial SPM, abah dapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Australia, dalam course engineering
tak lama sebelum hendak berangkat, tawaran itu ditarik semula, kerana kejatuhan ekonomi yang sangat teruk
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, memerlukan kos yang sangat banyak jika tidak mendapat biasiswa, abah hanyalah anak seorang peniaga buah di kampung.. tidak mampu..
abah kecewa, tak dapat banggakan atok dan tokwan
tapi abah pasrah, mungkin ada hikmah di sebaliknya..
abah sambung belajar kat UITM Shah Alam. Abah ikut usrah, ambil kos business(kalau x silap)
habis belajar, abah mengajar kat Hira', tak ada kena mengena dengan kos yang diambil..
kemudian, abah berhijrah ke Kemaman, dengan Ummi
Berdirilah Tadika Nurul Iman, tadika islam terawal di kemaman
kemudian, pakcik2 dan makcik2 fikir tarbiyah itu perlu berterusan
Kemudian, tertubuh pula Sekolah Rendah Islam Al-Amin..
pada waktu itu, abah bekerja di KSB, sebagai pengurus bahagian Human Resource
Selepas 20 tahun daripada tawaran yang dahulu,
abah dapat tawaran daripada pejabat untuk belajar (master) sambil bekerja di Australia bidang pengurusan.

indah perancangan Allah, kan??
mungkin ia mengambil masa yang agak lama,
tapi perkara itu terjadi..
mungkin kalau abah pergi ke Australia waktu itu, 
tidak tertubuh di Kemaman sekolah kita tercinta,
itu yang abah tekankan
perancangan Allah lebih hebat daripada perancangan manusia,
Semua yang tejadi, pasti ada hikmahnya..

Oleh itu, kita tak boleh putus asa!

_------------------------------------------------------------------------------------------------

setiap gred yang datang itu indah,
andai disertai kesyukuran..
setiap gred itu bermakna,
andai kita berusaha dengan sepenuhnya..

setiap A itu bagai tiada apa,
jika dituruti riak di hati
setiap A itu tidak bermakna,
jika tidak dimanfaatkan bersama
setiap A itu bagaikan tiada,
andai tidak dituruti ucapan syukur,
setiap pujian itu kosong
andai tidak kembalikan kepada yang empunya, Tuhan yang Esa..

renung sebentar,
tidak kira apa keputusannya
adakah kita sudah mengucap syukur kepada Dia?
adakah kita sudah sujud dengan linangan air mata?
adakah kita sudah menunaikan nazar kita?

adakah kita sudah ucapkan terima kasih?
kepada ibu bapa,
kepada guru-guru, 
kepada teman-teman.
yang bersusah payah kerana kita
yang sanggup berkorban untuk kita
yang membantu ketika kita tak mengerti apa-apa

adakah kita mengucapkan maaf,
kepada orang disekeliling kita,
terutama pendidik kita
yang mungkin terguris hatinya
kerana perangai kita yang tak sudah
masalah yang tak pernah selesai
teguran yang sia-sia..
bagai usaha mereka tiada hasilnya

ingatlah, 
mungkin ada antara kita yang mungkin pergi,
jauhhhh
perpisahan yang tak diminta..
apakah dia sudah maafkan kita??

adakah sudah?
jika tidak ,
lakukan segera...
mereka menanti,
mereka menerima dengan hati yang terbuka.., percayalah..
hati kita kan tenang..


tahukah antum?
ada yang tidak boleh tidur memikirkan kita?
ada ibu bapa menangis kerana kita
ada yang menghabiskan ribuan ringgit untuk kita,
ada yang menangis kerana tak percaya
ada yang tak makan kerana berdebar dengan keputusan kita?
ada yang senyum tak henti 
ada yang tak terkata
ada yang sangat sayangkan kita..
tahukah antum..
semua terjadi di hadapan mata 
cuma kita yang tak sedar..

siapakah insan itu?
siapa???
tak lain tak bukan 
guru-guru kita,
dan ibu bapa kita..
dan apa yang kita lakukan?
berdiam diri dan pergi?
mereka menunggu kita 
tapi adakah kita ucapkan tahniah kepada mereka?
tahniah muallimah, 
tahniah muallim,
tahniah ummi , abah
tanpa kalian kami tak mungkin seperti ini...
adakah kita ucapkannya?

tolong,
jangan pentingkan diri..
tolong,
jangan tinggikan ego,
tolong,
kasihanilah mereka..

p/s: kejadian itu benar2 berlaku.. jangan ambil mudah. Ana mohon maaf jika ada kesalahan..
bukan diriku yang jiwang, cuma luahan hati yang perlu dikatakan..

2 comments:

MutmainnahMazlan said...

salam.
kak syifa', terima kasih untuk entri ini,

setiap takdir yg Allah tentukan itu adalah yang terbaik buat hambaNya, have faith in Allah.

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

tahniah ye pd batch 8.
tak kiralah dapat berapa pun PMR.

Allah tidak melihat hasil hambaNya, tapi Allah melihat usaha hambaNya.

*tiba-tiba jantung dupdap2.
doakan ana dpt 9A PMR thn depan.. :)

Anonymous said...

minta maaf nk komen sikit..kalau boleh...puisi tu tak perlu kot..cerita pon dah cukup dah sebenarnya..semua faham..meleret sgt orang tak baca..dan tahniah sbb rajin buat post sorang je...