Friday, May 28, 2010

Boikot sahabat...

Baru-baru ini...batch kite...
maybe agak kucar-kacir...
dan dlm keadaan yg kritikal...
dan time kritikal nilah...
ukhuwwah sebenar akan teruji...
bile dilihat di chatbox ...
ade sedikit pertelingkahan pasal boikot kawan...
dan dlm hal ni,
kiter kene pertimbangkan dulu...
adekah ye baek atau tidak...

Bagi pendapat ***,
sesuatu hukuman itu dijatuhkan...
bergantung kepada kesalahan dan perangai pesalah...
jika pesalah kelihatan jenis yang mudah menerima nasihat,
maka jalan yang terbaik adalah sokongan moral dr org sekeliling...

namun..jika perangai yang sebaliknya ditunjuk,
maka jalan yg terbaik kadang2,,,
adalah jln yg sedikit keras...

mungkin ade sesetengan berfikir,
cara ini merosakkan hubungan dlm bersahabt,
namun ,
cuba fikirkan kesannya,,,
adekah anda sanggup
melihat sahabat anda terus
bertindak mengikut hawa nafsu..

mcm ust.Idris ckp laa..
klu org yg akal pendek...
mesti akan kate hukuman
ptg tangan si pencuri adalah kejam...

berbeza dgn mereka yg berakal panjang..
yang melihat jauh ke hadapan..

jadi...
fikir2kanlah...
kadang2 dlm perjalanan mencari bahgia
anda kan menemui 1001 dugaan,
dan kadang2...
dlm menemui ukhuwwah persahabatan
yang baik,
anda akan diuji oleh Allah,
untuk mula berfikiran matang
dan mengambil jln yg bijak
dlm merungkai sesuatu masalah..

so...TAKE IT WITH CARE
wallahua'lam///

Thursday, May 27, 2010

PERINGATAN !!!

PERINGATAN !!!!

Sila siapkan kerja kursus anda dengan segera!!!!

Sama ada KH , GEOGRAFI, ataupun SEJARAH.

No copyright allowed.

TQ

Thursday, May 20, 2010

Couple...?Hukumnya??

Haih...
da berbulan lame nyer blog ni kan...
Penuh dengan pelbagai info,topik yg dibincangkang dalam blog ni..

Tp kan,
sepanjang blog ni berjalan...
asl xde lgsg psl aktiviti seharian manusia ha?
i mean "couple"?

Xpe2
korang jgn risau bab 2..
Hari ni,
ana kan kongsi skit berkenaan tentang couple ni...
sebelum 2...
ikuti kisah dibawah ni dl...

Arab + Malay

ﺫﻫﺐ ﺍﻠﻰ ﺍﻠﺴﻮﻕ ﻠﻴﺸﺘﺮﻱ ikan

ﺳﺍﺭ terserempak ﺳﻴﺪ Ali

ﻋﻴﺪ ﺍﻠﻤﻌﻠﻤﻴﻦ ﺍﻧﺎ ucapkan

 ﺍﻠﻰ ﻣﺮﺑﻲ yang dikasihi


ﺫﻫﺐ ﺍﻠﻰ mesra mall ﻣﻊ kawan-kawan
ﻟﻌﺐ bowling ﻻ ﺗﺬﻛﺮ dunia
ﺗﻌﺎﻭﻥ ﺩﺍﺋﻣﺎ diamalkan perlu
Agar jasa dikenang jua



Thursday, May 13, 2010

Siapa kami???

Assalamualaikum pembuka seloka,
Tirai dibuka mendedahkan cerita,
Niat dihati bukan nak mengata,
Hanya ingin berkongsi cerita..



Akhawat batch 8 banyak ragamnya,
Mereka tak tahu kami bagaimana,
Bacalah dulu baru tahu...

Anak kelima daripada sepuluh,
Tetap sabar melayan kerenah,
Big boss kita tak pernah mengeluh,
Empunya nama Nur Fatin Fathiah.

Suka berdebat tak kira siapa,
Buku nota tak lepas di tangan,
Anis Suhailah, mantan MPP kita,
Perisa coklat jadi igauan.

Anak askar penolong kelas,
Lagu Tomat tak pernah sudah,
Matematik dia yang teratas,
Itulah Izziani punya kerenah.

Senyuman dia mahal sekali,
Dapat pangkat sarjan tahun ini,
Warna pink sangat digemari,

Jawatan Along disandang olehnya,
Dalam kelas mata selalu tertutup,
Muka Dalia blur perangai selamba,
Tapi result exam selalu meletup.

Mata duitan si bendahari,
Terkenal sebagai ratu air mata,
Pengarah 'Srikandi 02' jawatan diberi,
Ini dia FND kita.

Afiah on time tak kira masa,
Kerja kursus tinggal sikit je lagi,
Master prep itulah jawatannya,
Fifi and the flowertots gelaran diberi.

Dulu rendah sekarang tinggi,
Bab hafazan Huda merajai,
Barang HPA banyak dibeli,
Selalu senyum mana sahaja dia pergi.

OTI 1 B.A tinggi sekali, 
Time muallimah Hayati tak kering gusi,
Suka gelak tak henti-henti,
Perkhidmatan urut free serah ke Wani.

Menulis surat menjadi kegemarannya,
Makanan pedas keutamaan dia,
Bertahi lalat penyeri muka,
Siti Athirah empunya nama.

Orangnya tinggi lampaila jugak,
Selalu migrain bila nak cantikkan kelas,
Time panas dia paling alergik,
Wahai Sufia Azwa, janganlah stress!

Kecil molek bermata empat,
Memang dah sah Fathin Nabilah,
Sokmo study tak kira tempat,
Sains dan Math tak pernah kalah.

Lebih suka dipanggil Nisa,
Suara lantang si ketua seksyen,
Lauk daging ditinggal tak bisa,
Semangat menulis ke tahap tension.

Happening sangat bila ceria,
Nak on time susah sekali,
Time dipuji kembang semeter,
Namanya Athirah puterinya Zaidi. 


Disangka Sri rupanya Smi,
Itulah Syafiqah empunya diri,
Jaga-jaga dengan si pinky ni,  
Bila bersuara menggegar bumi.

Sokmo rajin, rajin dan rajin,
Kerja part-time menjadi babysitter,
Menjadi peniaga tetap diingin,
Namanya Hazi empunya karakter. 

Liyana Syahirah nama diberi,
Kemas dan bersih setiap hari,
Anak tunggal bijak bestari,
Keluar result muka berseri.

Virus kuning dia pembawa,
Kipas rosak dia yang punya,
Resipi kek batik dalam kepala,
Hamizah `Aqilah Auji itulah gerangannya.

Namanya panjang berjela-jela,
Ulfah peminat setia negara Indonesia,
Tauke spa sepenuh masa,
Nak tahu petua tanyalah dia.

Berasal dari negeri Kelantan,
Wan Zulaikha mudah berkawan,
Perangainya agak kebudak-budakan,
Tapi bab belanja, dia number one.

AJK Sponsor amanah di bahu,
Anak kacukan Thailand-Kelantan,
Masa Form Two dia budak baru, 
Muka Najwa sering mengelirukan(blur).

Selalu berucap macam AMT (Ahli Majlis Terendah)
Aishah buat ramai orang ikut,
Muka selamba, happy and steady,
Suka buat orang lain terkejut.

Rumahnya depan SRIAA Kerteh,
Novel habis khatam semua,
Nor Amirah yang banyak celoteh,
AJK Keceriaan disandang olehnya.

Diamanahkan jawatan Ketua Disiplin Aspuri,
'Puasa' novel sudah berbulan-bulan,
Bila otak terbalik macam-macam jadi.

Ingatkan sebaya rupanya senior,
Speaking arabic 24 jam,
itulah Rahil puteri sang dokter,
7 juzu' tak pernah karam.

Asalnya dari negara Indonesia,
Bab bisnes dia memang teror,
Segala benda dia volunteer,
Asma dalam kenangan selamanya.



Ini cerita tentang kami,
Dulu sekelas riuh sekali,
Terkejut badak masuk Form Three,
Bila banin berdiam diri.

Berat hati bila nak puji,
Kalau tak puji takut terasa hati,
Banin Form Three memang baik hati,
Walaupun nampak macam hidung tinggi.

Doakan kami mengubah persepsi,
Buktikan antum mampu berdiri,
Memimpin kami yang lemah ini,
Agar terbentuk Generasi Rabbani..

Lama sungguh nak siapkan seloka,
Kononnya pandai melawan 'mereka'
Kalau tak sedap tambahlah perisa,
Kalau terasa maaf dipinta.

Pencetus idea: Hostel's student
Pengkritik dan pembantu : Akhawat Gen 8
Pencipta : Dalia, Aishah, Hamizah, Syifa', Anis

~Hakcipta terpelihara~

.: terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung maupun tidak langsung dalam pembikinan seloka ini, bantuan anda amat dihargai :.

Sunday, May 9, 2010

Nuklear: Dunia mencari kesepakatan


DUNIA sering diancam kemusnahan sama ada berpunca daripada perbuatan manusia atau bencana yang diturunkan Maha Esa. Sementara bencana alam seperti gempa bumi, ribut taufan dengan pelbagai nama, banjir dan tsunami sudah cukup memberi pengajaran kepada seluruh isi bumi, manusia juga secara langsung bersubahat memusnahkan dunia akibat ego, dendam kesumat, perbezaan agama dan warna kulit, keangkuhan kuasa, perebutan wilayah dan pelbagai alasan lain untuk menghalalkan sesuatu matlamat walau dengan apa cara sekali pun.


Teknologi nuklear, walau pun ia boleh membawa kebaikan kepada manusia dan dunia, namun keburukan yang berpunca daripada persengketaan menyebabkan ramai manusia terkorban dan harta benda musnah. Tamadun manusia yang dibina berpuluh-puluh abad, segala bangunan yang didirikan dengan keringat dan wang berjuta-juta serta alam semula jadi yang begitu indah, musnah dengan sekelip mata.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Ledakan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki 
membuka tirai kemusnahan moden yang amat nyata dan menjadi pernyataan sejarah manusia. Penggunaan senjata nuklear kini menjadi ancaman besar dunia. Apabila senjata berbahaya ini digunakan secara meluas dengan hanya menekan butang daripada jarak ribuan kilometer atau dari pesawat tempur, dunia bertukar menjadi padang jarak padang terkukur dalam sekelip mata.

Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington mulai Isnin ini menjadi satu medan pertemuan penting dunia yang penuh kontroversi pada abad ini di tengah-tengah kemelut dunia menghadapi ancaman keganasan dan pelbagai jenis kegawatan daripada ekonomi kepada persengketaan bangsa dan etnik.

Walau sukar negara dunia mampu menyelesaikan masalah perluasan senjata nuklear ini, sidang kemuncak itu masih tetap mencari jalan ke arah mewujudkan pemuafakatan. Negara yang dijemput menghadiri sidang kemuncak itu dianggap mempunyai peranan tersendiri. Penyertaan negara pada sidang kemuncak dua hari itu, Malaysia diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sememangnya mengambil berat soal keamanan sejagat.

Najib yang berada di Washington dalam rangka kerja sembilan hari ke Amerika Syarikat adalah antara 40 pemimpin dunia yang menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan Presiden Barack Obama. Malaysia bukanlah sebuah negara senjata nuklear. Tetapi kehadiran Malaysia dianggap penting bagi membuktikan Malaysia menyokong usaha melarang penggunaan senjata nuklear secara berleluasa.
Malaysia mengakui pentingnya kemajuan dalam bidang teknologi nuklear untuk tujuan kebaikan seperti dalam bidang tenaga dan perubatan. Teknologi nuklear boleh menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah dan menjadi alternatif kepada kekurangan bahan api yang boleh menghasilkan tenaga.

Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, kehadiran Malaysia pada sidang kemuncak itu sebagai contoh bahawa Islam tidak boleh dikaitkan dengan terrorisme. Terrorisme nuklear tidak seharusnya dikaitkan dengan umat dan negara Islam.

Dari segi penggunaan senjata nuklear, walaupun perjanjian larangan perluasan senjata nuklear menjadi ‘kitab’ kepada negara yang cenderung ke arah memajukan teknologi senjata nuklear, ia sering menimbulkan perbalahan.

Ujian senjata tetap diteruskan dan larangan serta pandangan dunia diabaikan. Umumnya, kemajuan teknologi nuklear lebih bertumpu kepada perkembangan negatif. Dunia hari ini seolah-olah tidak boleh berfungsi tanpa senjata nuklear. Tanpa senjata nuklear akan menyebabkan sesebuah negara terpaksa tunduk kepada kuasa negara yang mempunyai senjata yang boleh memusnahkan itu.

Negara yang mempunyai senjata nuklear mempunyai kuasa untuk mengugut negara lemah. Negara kuasa besar khasnya Amerika Syarikat dilihat begitu menonjol untuk mengawal perluasan senjata, tetapi dunia melihat negara itulah yang sudah pun ‘menguji’ kemampuan kuasanya ketika menyerang Iraq.

Amerika Syarikat adalah negara yang terkedepan dalam penguasaan teknologi nuklear. Ada beberapa negara lain turut memajukan teknologi nuklear, walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada pelbagai pihak, termasuk amaran daripada Amerika Syarikat sendiri.

Sesetengah negara bertegas untuk membangunkan teknologi nuklear atas alasan konkrit kerana tidak mahu menjadi mangsa buli kuasa besar.

Isu senjata nuklear sering menimbulkan suasana negatif kepada dunia. Segala perjanjian mengenai nuklear dilihat sebagai mempunyai motif tertentu. Amerika Syarikat menjadikan terrorisme nuklear sebagai alasan. Setiap negara yang memajukan teknologi nuklear sering dianggap mempunyai agenda.

Malaysia juga mempunyai agenda. Agenda Malaysia adalah untuk mengajak semua negara di dunia ke arah mewujudkan dunia yang aman.

Amerika Syarikat sukar untuk meyakinkan dunia bahawa tindakannya sebagai juara menghalang usaha menentang terrorisme nuklear sebagai jujur. Bagi kebanyakan negara, apa saja yang datangnya daripada Amerika Syarikat dipertikaikan dari segi kejujurannya.

Banyak negara yang mempunyai kepentingan dalam memajukan teknologi nuklear mempunyai agenda berbeza dari Amerika. Ini adalah cabaran besar yang terpaksa dihadapi Obama. Disebabkan inisiatif sidang kemuncak ini datangnya daripada Obama, dunia mengharapkan suatu keputusan tegas dapat dilakukan khasnya menghalang perluasan penggunaan senjata nuklear.

Malaysia tidak bercadang langsung untuk membina teknologi nuklear yang boleh memusnah dunia, tetapi akan memberi sokongan terhadap pembangunan teknologi nuklear untuk kebaikan dunia.

Malaysia tidak mempunyai senjata penggempur nuklear atau apa juga peralatan yang boleh memusnah dunia. Dunia seharusnya mendengar pandangan negara yang tidak berkepentingan dalam kemajuan teknologi senjata yang digunakan untuk memusnahkan dunia.

Adalah diharapkan pentadbiran Obama menerusi dasar baru mengenai senjata nuklear akan mengurangkan penggunaan senjata nuklear dan memberi jaminan negara itu mengurangkan pergantungan kepada penggunaan senjata nuklear untuk pertahanan negara.

Ini boleh berlaku jika Amerika Syarikat tidak lagi mempunyai sasaran baru serangan yang pastinya menjadikan dunia ini bebas ancaman nuklear.

Jika Amerika boleh melakukannya, tidak ada sebab negara lain yang membina senjata nuklear tidak boleh berbuat demikian. Amerika Syarikat tidak boleh mengarah negara lain menutup loji nuklear mereka sedangkan negara itu boleh berbuat apa saja sewenang-wenangnya.

Dunia mengalu-alukan ikrar Obama untuk mewujudkan dunia yang aman. Diharapkan sidang kemuncak kali ini membuka lebaran baru untuk kebaikan dunia dan seluruh umat manusia. Janganlah menjadikan pembangunan senjata nuklear sebagai strategi pertahanan kerana akhirnya ia akan memusnahkan diri sendiri.
SEMOGA BELIAU BERUSAHA MENGOTAKAN JANJI NYA

Saturday, May 8, 2010

Manusia....






Apakah yg korang rase lps tgk gmba sumer?
pernah korang fikir?
mereka ni dibuang sbb per?ape dose mereka?apakah nasib mereka?

Dan korang pernah pikir?
klo korang yg berade di tempat diorang?
Ape korang akan terima sumer ni dengan sabar?

Logik ker?
Orang yg MASUK NEGARA ORANG dan buat kecoh dianggap wira
sedangkan ORANG YG MEMPERTAHANKAN NEGARA sendiri dianggap Terrorist?

Yap
itulah hakikat nyer di negara barat
American dan Israel dianggap wira kerana mereka kononnyer membawa PEACE!
kononnyer
tetapi mereka tak pernah nak fikir
mereka yang membawa kehancuran yang nyata bukan PEACE!

Maka dengan itu,
rakyat Palestine bangkit menentangkan mereka
dengan semangat jihad,
mereka berjuang hingga ke titisan terakhir

Oleh kerana tindakan tersebut
pihak bersekutu america syarikat berpendapat mereka semua adalah TERRORIST
Dan ada yang berani kata
"Kami berkata begitu kerana Mereka yang meminta pertolongan Kami,Tapi
mereka yang menyerang kami!

Siapa kata Palestin minta pertolongan mereka?
Siapa?Siapa?Siapa!!!???

Pda 2004,
Berita tergempar menyatakan tentera Israel membuat serangan besar-besaran
Ke Palestin
Semua negara memberotak di atas tindakan rejim Zionis tersbut
tp sayang....
Kini sunyi seperti rumah yang tak berpenghuni

Mujurlah masih terdapat yang masih
ingat akan nasib mereka di Palestine....
Tetapi sebahagiannya hancur!
Jom kita bezakan masyarakat Disana dan Disini

MEREKA BERPERANG,KITA BERPESTA

MEREKA TIDUR DENGAN SENJATA,KITA TIDUR BERALAS BANTAL EMPUT

MEREKA KORBANKAN ANAK MEREKA DEMI SYURGA,KITA KORBANKAN DEMI NAFSU

MEREKA BELAJAR DENGAN TEKUN,KITA BERLAJAR DENGAN LEKA

MEREKA BERMALAM DENGAN MUNTAHAN PELURU,KITA BERMALAM DENGAN KONSERT

MEREKA MATI DENGAN SENYUMAN,KITA DENGAN KETAKUTAN

Setiap hari mereka berfikir

"Dimana saudaraku?Bila nk berakhir semua ni?Apa matlamatku?"

Tetapi kita

"Dimana konsert ngan funfair?Bila nk start konsert ni?apa best dengar lg nasyid!?"

Cuba korang tengok video ni:-


Apa yang korang sumer berfikir?
kucing pon x smpi ati nk tinggal girlfriend dye mati kene langgar
Tapi kita!Bayi dibuang semata-mata hawa nafsu yang serakah
tinggalkan mereka di dalam tong sampah?
apa dosa mereka?

berfikirlah saudara/ri ku semua

oleh itu,
ana nk hadiahkan sebuah lagu
terimalah,


Friday, May 7, 2010

Ihtifal 2010..


Tarikh : 7 April 2010
Tempat : Dewan Pusat Pendidikan Al-Amin Kemaman
Tema : Ilmu disemai, Tsaqafah dituai..





Kawad kaki oleh Banin Form 5.

Pengerusi majlis tiga bahasa...



Pelajar terbaik SPM , akhuna Irfan Bahrin..

Muallimah-muallimah yang bertungkus-lumus menjayakan program..

Tahniah kepada semua penerima hadiah... Terus tingkatkan kecemerlangan antum..

Terima kasih kepada soutul iman, banat asrama dan banin Form 4 atas persembahan yang menghiburkan....

.: gambar itu shj yang smpat di upload.., maaf. :. 



Sunday, May 2, 2010

RM 10...

"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.

Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.

"Kenapa, ayah?" tanyanya.

"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Koyak duit itu sehingga lumat."

Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.

"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.

Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.

Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,

"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."

"Apa?!" Ameen ternyata sangat terkejut.

Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.

"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"

***********************

Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.

Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.

Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.

Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.




Mari kita renung firman ALLAH SWT dalam Surah as-Shaf 61:10-11 yang berbunyi:


"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".


Seterusnya, Rasulullah SAW ada bersabda:


قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ


Ditanya orang akan Rasulullah SAW,


" Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah SAW "Orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Bersabda Rasulullah SAW "Orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Saturday, May 1, 2010

cerita-ceriti budak fom 3


Mereka semua pelajar bestari
muka hensem berseri-seri
tiap-tiap hari rajin study
itulah kami banin fom 3

Bermain pimpong menjadi kegemaran
tambah pula ngan bat ping pong ori
wakil negeri tiada tandingan
saper lagi kalau bukan anas dan amri(ammar)

pelajar terbaik tingkatan tiga
hafalan quran tidak ditinggalkannya
kuat membaca tambah pengetahuannya
Husni Zaimlah orangya

Orang Selangor tempat tinggalnya
menyanyi satu jadi hobinya
layan smua x kira siapa
Ikmal haziq itulah namanya

Mari berkenalan dengan seniman
orangnya OK,kelakar pun ada
Wahai 2S(Syed,Saifuddin) apsal jadi camni
Semua benda di adjust belaka

Simple gayanya bijak berbelanja
selalu tersenyum itulah habitatnya
tak payah tanya siapa dia
inilah Amir,Haziq empunya nama

Kerja diberi lambat dibuat
Masa nak hantar mulalah lorat
itulah Syamil empunya gelagat
Tapi result selalu hebat

Kuat studo tak kira masa,
siang malam ataupun pagi
itulah Arif(syarifuddin) style punya biasa
melayari facebook paling digemarinya

tempat duduknya dikanan sekali
al-quran dan akademik berjalan selari
time ketawa x henti-henti
Mohd Naufal yang diberi

Dari Pake datang kemari
Sekolah Al-amin menjadi pilihan
tahniah diucapkan kepada Nu'aiman ngan Shahril
Semoga PMR dia yang 9A

Kulit gelap tapi sawa matang
senang senyum tapi susah ketawa
kuat main x kira masa
tak syak lagi Azfa,Zikri empunya nama

Tempat duduknya ditengah sekali
Hakim,Tsaqif nama diberi
dia senyum nsem skali
hati-hati nanti tergoda nnti

pasal saya tak payah cerita
bimbang nanti perasan pula
kalu nak tahu diri saya
cari sendiri atau cubalah teka

Dulunya sekolah Cantik sekali
tetapi pindah ke sini ke mari
Dia yang paling tinggi sekali
saper lagi kalo bukan Haziq Rahman ni!!

mukanya dulu hensem skali
tetapi perangainya nakal skali
buat lawak tak henti henti
tentulah Amirul gelaran diberi

datang dari planet berlainan
tetapi bekal sentiasa di sisi
anak pengetua perlu diubati
takut jadi macam Muttaqin

Gelaran pok gak sentiasa diingati
senyumnya manis x terperi
 Syafiq anaknya ayahnya Yassin
kelas dihujung skali.(3 Ibnu Majjah)

Abangya Mus'ab nk keluar negeri
hobinya tarannum selalu bangga dihati
saper x kenal si budak ini
Mujahid Mustaqim empunya nama ini

Gayanya lembut tetapi jantan sekali
jangan pandang terjangkit nanti
haha gurau jer abang Faisal Izlie
jangan tampar dibawa ke pipi

Ayunya mereka tudung berseri
Aurat dijaga dengan rapi
itulah semua banat fom 3
berbaju kurung cantik sekali!!!!

entah sajak atau seloka
yang pasti sayalah reka
kalau tak betul jangan mengata
tak kisahlah janji bahagia

sampai sini rekaan saya
janganlah marah ataupun terasa
kenangan bersama takkan dilupakan
supaya menjadi memori bersama








Sometimes, we have to think!


Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul...




Sometimes Allah breaks our heart to make us whole




Sometimes Allah sends us pain so we can be stronger,




Sometimes Allah sends failure so we can be humble




Sometimes Allah sends us illness so that we take better care of ourselves




Sometimes Allah takes everything so we will value what we have,




So, no matter what Allah has to give and take from you, it's for your best.