Saturday, January 30, 2010

Terhukum oleh Ketamakan Sendiri

Pd zaman dl,
ade seorang menteri yg tamak dan kaki rasuah
dye selalu jer menyusahkan urusan pemerintahan sultan yang adil.
Namun,
utk menghukum-nya bkn mudah sbb die ni mempunyai
rangkaian perhubungan yang sangat kuat,sama ada di kalangan menteri mahupun dengan 
angkatan tentera.
Sultan yg adil dan baik hati telah didesak berkali-kali utk mengenakan tindakan terhadap
menteri.
Anehnya baginda tetap sabar sehingga tiba pada suatu hari,
baginda bertitah kepada menteri tersebut.
"Hari ini kamu akan dapat kurniaan besar drpd beta".
"Kurniaan apa tuanku?patik sedia menerima-nya,"sahut menteri yang tamak 2 dengan gembira.
"Beta ingin mengurniakan kamu tanah!"titah Sultan.
"Terima Kasih tuanku.Boleh hamba tahu seluas mana,tuanku?"
"Begini,lepas Subuh,kamu berjalanlah dr pintu istana beta ni sehingga kamu terdaya,
Dan pulang sebelum waktu zohor."
"Maksud tuanku?"
"Sejauh mana kamu mampu berjalan dan pulang semula ke istana,
maka seluas itulah tanah yg kamu akan dapat."
Betapa gembiranya menteri yg tamak itu.Namun Para Pegawai yg laen mencekik.
Mengapa sultan masih bermurah hati kepadanya?
Esok pagi selepas Subuh,dia pun memulakan perjalanannya ke satu arah.jauh semakin jauh.
Hampir waktu Zohor,
Para menteri,pegawai dan sultan menunggu di depan pintu istana
utk mengetahui sejauh mana tanah yg akan dianugerahkan.
Namun,selepas waktu Zuhur,
dan selepas mereka sembahyang jemaah,
menteri itu x balek2 lagi.
Tiba2 seorang pegawai datang membawa berita
"Tuanku,menteri telah jatuh pengsan dalam perjalannya."
"Perjalanan pulang atau menjauh dari sini?"tanya Sultan.
"Dalam perjalanan menjauh dari sini."jawab pegawai tersebut.
Ha...!Serentak bunyi suara kehairanan bergema di seluruh istana.
Jelaslah sifat tamaknya itu mendorong pergi jauh dan semakin jauh tanpa
terfikir utk pulang,
hingga akhirnya jatuh pengsan keletihan!
Baginda tersenyum.Dia telah berjaya menghukum menteri yg tamak itu.
Akhirnya menteri itu x dpt lgsg tanah..

So,dpt amik pengajaran x kisah
yg ana bg ni??
Orang yg tamak tidak akan cukup dengan sedikit
dan tidak akan puas dengan banyak.
Tidak menunggu org laen utk 
"Menghukum"
org yg tamak sebaliknya sifat tamak itu
sendiri menghukumnya

1 comment:

Coklatjilbab said...

wah...sonok2..citer ni menarik!