Tuesday, June 15, 2010

mendengar perkongsian ust hasanuddin

Bismillah..



Pada Jumaat (11 Jun 2010)  Aqsa Syarif Terengganganu dengan kerjasama Aqsa Syarif Johor  telah menganjurkan sebuah program  ‘Malam Gaza Kami Bersamamu` di Terengganu Equestrian Resort(TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Yang ingin dikongsikan ialah apa yang kami dapat daripada perkongsian “ serangan komando israel ke atas kapal Mavi Marmara” oleh Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia, Ust Hasanuddin Mohd Yunus.

Ust Hasanuddin menyatakan objektif LifeLine For Gaza (LL4G) ialah;
1-     1.  Menyampaikan bantuan (bhn binaan, ubat-ubatan dll) untuk membina hospital yang telah roboh di Gaza. Selama ini bantuan yang diberikan secara berdikit-dikit, tetapi pada kali ini mereka ingin menyampaikan secara terus kepada Gaza dalam jumlah yang banyak.
2-     2.  Memecahkan tembok yang menyekat/menghalang  bantuan sampai ke Gaza.
3-     3. Membuka mata dunia mengenai kekejaman Israel.


Menurut Ustaz Hasan, dlm kapal tu ada lebih kurang 700 penumpang yang berumur antara 2 bulan hingga 85 tahun. Ini menyanggah dakwaan Israel yang mengatakan bahawa Kapal tersebut dlm misi peperangan.
Dalam kapal tu jugak, ada berbagai-bagai bangsa dari lbh krg 50 negara yang berbilang agama. Ada  Syeikh dr Turki, ada Paderi yang dulu dihalau dr Gaza, ada wakil Hamas dan Fatah.


Berdasarkan cerita Ustaz Hasanuddin, Hamas dan Fatah tidak bermusuh seperti yang digembar-gemburkan oleh media. Ini terbukti apabila kedua2 wakil tersebut(hamas n fatah) melayan mesra antara satu sama lain.
Mesti kita pelik, knapa ada paderi?


Rupa2nya, pada zaman Umar Al-Khatab , setelah menakluki negara Palestin, seorang paderi berkata kepada beliau:

"aku percaya jika suatu hari nnti anak cucu dari keturunanmu yg  memimpin, anak cucu aku akan beribadah dengan tenang dan selamat dan jika anak cucu dari  keturunanku yg memipin,anak cucu dari keturunanmu juga akan beribadah dengan tenang dan selamat,tetapi jika bangsa lain yg memimpin,pastinya anak cucu keturunan kita akan beribadah dengan penuh ketakutan dan tidak selamat..



Pada Waktu malam, Rombongan dari Malaysia dan Indonesia ditugaskan dibahagian keselamatan di dek kapal. Yang lain pula menjaga `pilot` kerana `pilot` sangat penting. Andai `pilot` tu ditawan, maka satu kapal tertawan.


Waktu Subuh pada waktu itu ialah pada pkl 4 pagi lebih.. Selepas solat Subuh, meraka terdengar teriakan Allahu Akbar dr luar. Rupa-rupanya ikan lumba2 mengiringi kapal. Itu adalah keajaiban Allah, lalu mereka bertakbir dan bertakbir.


Malam sebelum tu, mereka menyedari ada bot2 dan helikopter yang mengikuti mereka, tetapi mereka hanya berhati2 dan tidur secara bergilir kalau kita panggil hirasah, tp mereka gna perkataan lain.(sorry, x ingat sbb x tulis... lupa!)


Pada pagi yang sama, mereka diserang oleh komando israel. Waktu itulah ramai yang syahid. Tindakan Israel ini mengundang kemarahan dunia kerana kapal tersebut masih berada dalam kawasan perairan antarabangsa lbh krg 65 jauh dr israel. Mula2 israel gna peluru getah, tapi x lama lepas tu, mrk gna peluru hidup.


Dalam waktu itu, salah seorang drpd komando israel  telah terkena peluru. Seorang sheikh melarang sesiapapon mengapa2kan komando tersebut. Setelah dirawat oleh doktor yang bertugas pada waktu itu, doktor dr Malaysia, dia terus terjun ke dalam laut. Situasi ini menunjukkan bahawa sebenarnya mereka merupakan orang yang penakut.


Bukan itu sahaja, tahanan dilarang merenung mereka kerana mereka takut. Orang yang berada dlm kapal tu cma menggunakan apa yang ada disekeliling mereka untuk melawan israel, berbeza dengan fakta yang diputar belitkan oleh CNN, kononnya mereka(mujahid dlm kapal) yang menyerang... LICIKNYA!!
Setelah kapal itu diisyhtihar telah ditawan, para penumpang telah berhenti melawan.., tetapi ada juga komando yang masih menembak. Tindakan yang kejam.


Penumpang Kapal Mavi Marmara disuruh baring lalu diikat. Mereka tidak dibenarkan berbuat apa2 walaupun ke tandas. Mereka dibiarkan dlm keadaan berikat selama beberapa jam.


Begitu seksa ana bayangkan bagaimana mereka terpaksa berkongsi sebotol air mineral seramai lbh krg 20 org. Bayangkan, botol air tu kna bkk sendiri dlm keadaan yang berikat. Ada seorang hamba Allah yang sanggup berkorban menahan sakit utk bkk penutup air mineral tu.. Mereka berkongsi air mineral itu seperti kisah sahabat yang menunjukkan sifat itsar sehingga syahid.


Segala harta benda seperti kertas, pen, camera, dan simkad. Satelit semuanya dimusnahkan agar kejadian sebenar yang terjadi tidak diketahui umum. Rupa2nya, semasa hendak ditawan, Turki menggunakan satelit yang kedua (x diketahui) untuk menghantar gambar yang menunjukkan situasi sebenar selain gambar yang diambil oleh Israel yang disiarkan di CNN. Gambar2 tersebut akan dijadikan bukti untuk mendakwa Israel di Mahkamah nnti. Doakan kejayaannya, ameen


Mereka diasingkan dalam penjara, mereka hanya bertemu ketika makan. Walaupun bantuan tersebut disekat, mereka bersyukur kerana telah membuka mata dunia kepada kekejaman israel. Sekurang2nya, objektif ketiga yang paling susah tercapai.


Setelah selesai perkongsian Ustaz Hasanuddin, kami disajikan dengan pentomen dan sajak yang melonjakkan semangat jihad kami. Alhamdulillah, pada malam itu sahaja, Aqsa Syarif dpt mengumpul RM 5000,Rp. 100 000(kalau x silap) dan sebentuk cincin. Moga usaha kita berterusan. 


coretan diatas berdasarkan pemahaman ana semasa perkongsian tersebut. Kalau x faham ke, salah skit ke, mohon mengerti.

6 comments:

Anonymous said...

xde gambar@video ker??

Syifa' said...

gambar atau video waktu perkongsian tu x de.. tapi ada masuk gambar sahabat dlm akhbar sinar harian edisi terengganu bertarikh 14 Jun.

Anonymous said...

bkn akhbar je...siap msk tv lagi..Berita Nasional Edisi 12 am 13 jun

Anonymous said...

rtm1

Anas™ said...

Anonymous Says:

June 15, 2010 6:16 AM
xde gambar@video ker??



ana ade gambar...video pon ade cuma video ade problem skit jd video tuh xde sound....

Muhammad said...

Salam ziarah... Saksikan kisah Gaza... Hayati... Mereka saudara kita...
http://gaza-strophe.cinemeteque.com/eng/index.htm