Saturday, February 6, 2010

JOM MUHASABAH!!

Lepas motivasi untuk pelajar form 3 n form 5,
Banat batch 8 ada buat perjumpaan..

Rindu ....
kumpul ramai2 dalam kelas,
bercerita pengalaman,
berkongsi pendapat...

Rindu sangat...
Kongsi tazkirah sama-sama,
saling nasihat menasihati..
tegur menegur,
bergurau senda,

Lama dah ....
tak ketawa sama2,
nangis sama2,
serius sama2..,
semua benda sama2..

Yang paling best,
Hias kelas sama2...,
Buat program untuk kita aja!
Program Srikandi 1995 yang eratkan kita..

Tu semua kami buat tahun lepas,
Masih ingat temanya,
'SAY NO TO ASOBIYYAH, SAY YES TO UKHUWWAH FILLAH'
dengan moto
'QUEST FOR EXCELLENT',
kita mara sama-sama...

Tapi, bila asing kelas,
kita macam terpisah..
Ada yang jauh hati la..
Macam-macam.

So....
Wakil tingkatan pon buat perjumpaan,
Cerita memori tahun lepas,
malu, marah, ketawa, senyum,
semuanya dah jadi nostalgia..

Selepas cerita punya cerita,
Wakil tingkatan banat pon bagi sedikit peringatan..
Seperti biasa,
Ada antara kami yang masih belum bersedia..
Menganggap teguran itu perkara biasa..

Fikir punya fikir,
Kita pon buat la halaqah..
Muhasabah diri..
Genggam erat tangan,
Mata terpejam,
Air mata bercucuran...

Lepas dah puas hati,
Semua teguran diterima dengan lapang dada..

Tapi tak berhenti di situ je..
Semua kena bagi kesimpulan ke, luahan perasaan ke, nasihat ke, bercerita kelemahan diri...
Semua bersuara..
Satu demi satu jujur bercerita masalah,
Mengutarakan harapan,
Memohon doa buat semuanya...

Waktu tu, emosi tak tetap.
Sambil menangis, ada yang ketawa...,
Ada yang ketawa sampai menangis..
Indahnya saat itu.

Tapi, masa mencemburui..
Halaqah hanya sampai di situ..
lepas Solat, kita sambung makan.

Menu banat gen 8 tahun lepas,
Tak sah kalau tak ada rojak atau kek batik..
Tahun ni sempat buat kek batik je..,
Makanlah kami beramai2,
Best sangat

Sambil tu bincangkan mengenai Buddy masing2,
Adik2 Form 1 yang buntu bimbingan..

Sempat lagi wakil tingkatan bagi homework!
Tapi x pe,
tarikh akhir dia lambat lagi...

Balik ke asrama dengan gembira,
Bebas segala beban dalam fikiran,
Gembira sangat.

Perkataan yang sentiasa ada dalam ingatan ana,
'Ana sayang antunna'

Semoga muhasabah beberapa jam,
kembalikan semangat kita untuk
berjuang..
berukhuwwah..
dan segala 'ber' yang positif..

Ingat!
Walaupun jasad terpisah,
hati kita tetap bersatu..

kita satu jasad,
andai kaki terluka,
mata akan mengeluarkan air mata,
dan tangan akan menyapu air mata tersebut..

~ muhasabah dengan sahabat2 ada kesan yang mendalam~


.: tak sabar nak tunggu program srikandi 1995 yang akan datang. Mesti lagi best!! :.

No comments: